... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP 2017...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Wednesday, July 26, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (SESI PAGI)

Tarikh :24 Julai 2017
Masa    :7.30 – 8.00pagi
Tema    :Hormati Dan Sayangi Ibu Bapa

GURU-GURU YANG BERTUGAS

Puan Noor Hanawati Alinda ( K )
Encik Srimahathevan a/l Vadivelu
Encik Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
Puan Norinna binti Mohamed
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Cik Komagal a/p Kunaisekaran
Puan Azwani binti Mohamed Noordin
Puan Umi Nazrah binti Saharoni
Puan Norliza binti Ali@ Yasim
Puan Roslina binti Jafar

LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Nyayian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh adik Rusyaidi bin Bakri.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh
En. Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh ketua pengawas iaitu Haris Nabilah.


 Laporan/ulasan guru bertugas minggu lepas (Cik Roslinda binti Mansor)
Cikgu Roslinda telah menekankan murid-murid  tentang disiplin atau tingkah laku murid sewaktu menaiki anak tangga.Terdapat segelintir murid  bergurau kasar dengan menarik seluar kawan dengan sengaja dilalukan untuk memalukan rakannya. Murid-murid diminta agar tidak membuat sedemikian dan sentiasa menjaga disiplin setiap masa.
Beliau juga mengingatkan murid-murid yang menunggu  untuk ibu bapa atau menaiki van sekolah di pintu B,menjaga  keselamatan diri sepanjang mereka berada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar  sekolah.


Laporan Kelas Terbersih
Kelas PPK
Tempat Pertama    : Aquatics
Tempat Kedua        : Cricket
Tempat Ketiga        : Soccer        
Tahun 4
Tempat Pertama    : Kompang
Tempat Kedua        : Nafiri
Tempat Ketiga        : Rebana
Tahun 5
Tempat Pertama    : .Surgeri
Tempat Kedua        : Kardiologi
Tempat Ketiga        : Respiratori

Tahun 6
Tempat Pertama    : Neptune

Tempat Kedua        : Zuhrah
Tempat Ketiga        : Utarid
    
                                           Pemenang - pemenang kelas terbersih
Ucapan guru bertugas
Memperkenalkan guru-guru bertugas  pada minggu ini.

Barisan guru-guru bertugas sesi pagi minggu ke-27
                                           
Tema minggu ini ialah Hormati dan Sayangi Ibu bapa
Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita tidak akan berpeluang merasa nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka yang telah melahirkan dan membesarkan kita amatlah bernilai. Justeru sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa menghormati dan menyayangi mereka.      


ucapan guru bertugas

Ucapan Guru Besar
Guru besar Puan Hajjah Rohaidah binti Mohd Ali telah mengucapkan tahniah kepada para peserta-peserta yang mewakili sekolah untuk Program Menjulang Akademik Sepang ( MAS ). anjuran bersama Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Sepang, Pejabat DUN Dengkil di bawah Program Peningkatan Prestasi Akademik serta Unit Pengurusan Akademik PPD Sepang Tahun 2017 dilaksanakan sebagai satu usaha ke arah peningkatan prestasi akademik UPSR sekolah-sekolah Daerah Sepang.Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan pada semua warga sekolah dan juga memeberi ucapan dan kata-kata semangat agar guru-guru bersemangat untuk menonjolkan diri kearah yang cemerlang.
                         

                                                  ucapan puan guru besar


Disediakan Oleh : Pn. Jamunarani  Bhojarajan

Monday, July 24, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-27 (Sesi Petang)

Tarikh                   : 24 Julai 2017
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 Petang - 2.10 Petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn. Salmi bt Amir


Pengacara Majlis


Guru Bertugas :
  1. En. Saifullah bin Mat Saupi
  2. Cik Noor Azlinda bt Kasmin
  3. Pn. Salmi bt Amir
  4. Pn. Nornadzirah binti Abd Rahim
  5. Cik Zalina bt Ismail
  6. Pn. Hastipa @ Zaiton bt Mat Daud
  7. Pn. Nora Azean binti Othman
  8. En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman

Laporan/Ulasan




1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.





2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf Bin Mohd Kamarol Hisham.



3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.



4. Ikrar Murid dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea binti Zuraidi



5. Laporan guru bertugas minggu ke-5 disampaikan oleh Pn Yani Mohammad Sharif.


  • Pn. Yani mengingatkan murid supaya berhati-hati ketika bermain atau bergurau senda dengan rakan-rakan bagi mengelakkan kemalangan berlaku. 
  • "Slime" adalah dilarang dibawa ke sekolah. Guru mengingatkan murid-murid tidak membawa bahan-bahan yang dilarang di bawa ke sekolah seperti "clorox".
  • Guru mengingatkan murid perempuan yang tidak bertudung, memastikan rambut sentiasa kemas dengan mengikat rambut dan memakai cekak rambut. Pastikan cekak rambut dan getah rambut yang dipakai berwarna hitam sahaja.
6. Memperkenalkan barisan guru bertugas.



Barisan guru yang bertugas


7. Tema minggu ini :

Sayangi Ibu Bapa

  • Guru mengingatkan murid mendengar cakap dan nasihat ibu bapa.
  • Sebelum keluar rumah atau ke mana-mana perlulah meminta izin dan salam dengan ibu bapa. Murid juga diingatkan supaya mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa.
8. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu  : Melarik
  • Bahasa Inggeris : Road
  • Bahasa Arab      : Hatifun
9. Penyampaian hadiah
  • Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas
  • Tahun 1






  1. 1 Ibnu Bajjah
  2. 1 Al Biruni
  3. 1 Ibnu Khaldun
  • Tahun 2




  1. 2 Jujur
  2. 2 Intelek
  3. 2 Dedikasi
  • Tahun 3



  1. 3 Vanadium
  2. 3 Elektrum
  3. 3 Kuprum




10. Ucapan PK Petang



  • Murid diingatkan supaya hormat kepada guru dnegan memberi salam ketika berjumpa dan tidak mengira bahawa guru tersebut mengajar mereka atau tidak. Murid juga perlu hormat pada pelawat, orang lebih tua, pengawas, ketua kelas dan hormat kepada sesama rakan sebaya.
  • Perbuatan mememinta duit rakan, mengugut dan mengganggu rakan adalah gejala membuli dan tidak boleh dilakukan sama sekali. Jangan membiarkan rakan-rakan membuli dan jika ini terjadi perlu memberitahu kepada guru dengan segera.
  • Kukrangkan aktiviti gurauan yang tidak berfaedah seperti tarik kerusi kawan kerana ia boleh menyebabkan pergaduhan dan kecederaan.
  • "Slime" adalah dilarang dibawa ke sekolah. Murid turut diingatkan tidak membawa barang yang dilarang ke sekolah seperti "clorox" kerana ia berbahaya.

Perhimpunan rasmi minggu ke-18 tamat pada 2:10 petang

Sunday, July 23, 2017

Program Menjulang Akademik Sepang (MAS) UPSR Sekolah-Sekolah Daerah Sepang - Fasa 1

Program Menjulang Akademik Sepang (MAS) anjuran bersama Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Sepang, Pejabat DUN Dengkil di bawah Program Peningkatan Prestasi Akademik serta Unit Pengurusan Akademik PPD Sepang Tahun 2017 dilaksanakan sebagai satu usaha ke arah peningkatan prestasi akademik UPSR sekolah-sekolah Daerah Sepang.

Matlamat program ini dijalankan ialah untuk meningkatkan kecemerlangan kualiti & kuantiti akademik para pelajar di samping meningkatkan prestasi GPS sekolah dan daerah. Selain daripada itu, program ini mampu mewujudkan kumpulan sasaran ke arah pencapaian kecemerlangan.

Seramai 30 peserta SKTPP terfiri daripada calon-calon UPSR SKTPP pada tahun ini telah terlibat dalam Program MAS - Zon Dengkil yang bermula pada 21-23 Julai 2017. 

Jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan juga guru-guru yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga usaha murni ini mampu menjulang akademik Daerah Sepang. Tahniah diucapkan.





Sesi pendaftaran bermula pukul 5.15 petang di SKTPP

Bertolak ke SMK Seri Sepang pada pukul 5.50 petang

Peserta terlibat dibimbing dalam kumpulan

Peserta sedang menjamu selera mengikut jadual yang telah ditetapkan

Bersemangat menjulang ilmu 

Sesi tazkirah 

Bersedia untuk pulang setelah tamat Program MAS Fasa 1

Monday, July 17, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-26 (Sesi Petang)

Tarikh : 17 Julai 2017
Masa  : 1.20 - 1.50 petang
Tema  : Kenali Indonesia

Guru Bertugas
En. Affandi  bin Mohd Zain (K)
Pn. Nor Maziah binti Hj. Abd Malek
Pn. Norazah binti Mohd Ali
Pn. Zauiyah binti Ismail
Pn. Fadhilah binti Talib
Pn. Siti Maziah binti Muhamad Tajuddin
Pn. Yani binti Mohammad Sharif

Agenda Perhimpunan
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku.
Bacaan doa dipimpin oleh Adik Muhammad Syafiq Ahnaf.
Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Norazah binti Mohd Ali.
Bacaan ikrar murid oleh pengawas bertugas, adik Norhasya Sofea.

LAWAD

Bahasa Melayu - Tersungkur (jatuh ke depan dan muka terkena tanah, tersembam)
Bahasa Inggeris - Direction (arah, hala tujuan)
Bahasa Arab - 
خَزَائِنُ (almari)

Ucapan Guru Bertugas (Ustazah Norazah bt Mohd Ali)

Tema: Kenali Indonesia

Republik Indonesia (RI), umumnya disebut Indonesia, adalah negara di Asia Tenggara yang dilintasi garis khatulistiwa dan berada di antara benua Asia dan Australia serta antara Samudra Pasifik dan Samudra Hindia. Ibu negara Indonesia ialah Jakarta.

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-25 (Pn. Norazmira binti Kadirun)

Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada kemalangan yang dilaporkan sepanjang minggu lepas. Murid dinasihatkan agar sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang masa agar dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Murid juga diingatkan untuk tidak membuat sampah dan juga tidak membuang sampah merata-rata. Beliau berharap sikat bertanggung jawab terhadap kebersihan persekitaran dapat dipertingkatkan lagi bagi memastikan sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria.

Laporan Kebersihan Kelas

Tahun 1        
Tempat pertama : Ibnu Bajjah
Tempat kedua       : Ibnu Khaldun
Tempat ketiga       : Al Biruni

Tahun 2       
Tempat pertama : Jujur
Tempat kedua       : Intelek
Tempat ketiga       : Arif

Tahun 3
Tempat pertama : Vanadium
Tempat kedua       : Elektrum
Tempat ketiga       : Kuprum
LAPORAN KHAS
Tanggal 15 Julai 2017, di dalam suatu majlis yang istimewa iaitu Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri 2017 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sepang, Puan Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana telah dinobatkan sebagai Ikon Kepimpinan Daerah Sepang bagi tahun 2017.

Seluruh warga SK Taman Putra Perdana turut berbangga dan bergembira dengan penganuegerahan ini. Syabas dan tahniah kepada Puan Hjh. Rohaidah binti Mohd Ali.  Bagi berkongsi detik kegembiraan ini, satu majlis ringkas meraikan beliau telah diadakan pada waktu perhimpunan rasmi.  Majlis dimulai dengan bacaan profil dan biodata oleh Cik Athirah Amani dan disusuli dengan penyampaian semula sijil, piala, cd serta wang tunai yang telah diterimanya oleh Pn. Jumilah Ahmad, Penolong Kanan Petang. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan penyampaian cenderahati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Satu persembahan multimedia Sambutan Hari Guru dan montaj Ikon Kepimpinan yang telah disediakan oleh PPD Sepang dan telah dipersembahkan semasa program Sabtu lepas serta persembahan multimedia khas majlis sambutan tersebut telah ditayangkan semula kepada murid-murid dan guru-guru sebagai penyuntik semangat buat warga pendidik di sekolah ini. Tahniah buat Pn. Rohaidah!

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

- Mengucapkan terima kasih dan penghargaan pada semua warga sekolah
- Memberi ucapan dan kata-kata semangat agar guru-guru bersemangat untuk melonjakkan diri ke arah yang lebih cemerlang.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Pn. Norazah binti Mohd Ali mengacarakan majlis 
Bacaan doa dan ikrar murid oleh pengawas bertugas
Barisan guru bertugas pada minggu ini
Pn. Norazmira Kadirun menyampaikan laporan guru bertugas



Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas tahun 1

Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas tahun 2

Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas tahun 3

Yang diraikan, Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali

Bacaan profil dan biodata Guru Besar SKTPP, oleh Cik Athirah Amani



Penyampaian semula Sijil, Piala dan wang tunai oleh Pn. Jumilah Ahmad




Penyampaian cenderahati dari Unit Bimbingan dan Kaunseling 

Ucapan yang diraikan Pn. Hjh. Rohaidah Mohd Ali