Monday, February 1, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Kelima (Sesi Pagi)

Tarikh: 1 Februari 2016
Hari: Isnin
Masa: 7.30 - 8.30 pagi
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis : Adik Nisa Adriana binti Muhammed Irwan (6 Zeta)

Guru Bertugas:
1. Encik Zurilazman bin Abdullah (Ketua)
2. Puan Astina binti Mahad Nor
3. Puan Norsiah binti Mohd Noor
4. Puan Roseniza binti Setapa
5. Puan Roslina binti Jafar
6. Puan Juli binti Mahbah
7. Puan Nurulhuda binti Hasbullah
8. Puan Umi Nazrah binti Saharoni

Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu sekolah di bawah pimpinan Puan Astina binti Mahad Nor
  • Bacaan doa oleh Adik Nukman Haziq bin Fauzi (6 Zeta)
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya telah dipimpin oleh Puan Astina binti Mahad Nor
  • Bacaan Ikrar murid oleh Adik Asyraaf Aqasha bin Mohd Fadzir (6 Zeta)
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas: Encik Hafiz bin Md Noor 
1. Tepati masa pada waktu rehat
- Terdapat segelintir murid yang masih makan walaupun loceng masuk ke kelas telah berbunyi. Diharap selepas ini murid-murid tersebut tidak lagi berbuat demikian.
2. Penggunaan Pas Keluar Kelas - Ketika sesi pengajaran & pembelajaran, semua murid perlu memakai Pas Keluar Kelas jika hendak keluar sama ada ke kedai buku, pejabat dan lain-lain. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya murid yang ponteng kelas
3. Kebersihan
- Semua murid perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan. Apabila nampak sampah yang berhampiran murid-murid perlu mengutip sampah tersebut dan buang ke dalam tong sampah. 

Perkataan LAWAD
BM: Ada akal = cara menyelesaikan sesuatu masalah 
BI: Engaged = sedang digunakan
BA: Sa'atun = jam

Ucapan Guru Bertugas: Puan Astina binti Mahad Nor
Tema: Hormat kepada guru
Kita perlu menghormati guru sepanjang masa sama seperti menghormati kedua ibu bapa di rumah. Untuk mendapatkan keberkatan ilmu, kita perlu sentiasa mengamalkan nilai murni iaitu hormat kepada guru. 
Cara-cara menghormati guru:
- Sentiasa mengucapkan salam apabila bertemu dengan guru
- Sentiasa meminta izin untuk membuat sesuatu seperti hendak keluar kelas, hendak minum dan sebagainya.
- Tidak bercakap/berbual-bual ketika guru sedang bercakap atau mengajar
- Elakkan daripada perbuatan dan perkataan yang boleh menimbulkan kemarahan guru
- Tidak memusuhi guru kerana perbuatan itu dibimbangi akan menghilangkan keberkatan ilmu

Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI: Puan Norhamizah binti Hamzah
- Semua murid perlu memberi tumpuan ketika guru sedang berucap
- Murid perlu menjaga tatatertib ketika di dalam kelas terutama samasa ketiadaan guru
- Pada hari Selasa (2 Februari 2016), sekolah akan mengadakan latihan merentas desa. Semua murid dikehendaki memakai baju sukan
- Pada hari Rabu (3 Februari 2016), Kejohanan Merentas Desa akan diadakan bermula pada pukul 2.00 petang.
- Bermula 8 Februari hingga 12 Februari 2016, sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina. Semua murid dinasihatkan mengulangkaji pelajaran di rumah. Sekolah akan dibuka semula pada 15 Februari 2016
- 16 Februari 2016 (Selasa) adalah hari Penarafan Bilik Sumber PPDa. Semua warga SKTPP perlu bersiap sedia terutama menghafal visi dan misi PPDa.
- Program Transisi PPKI telah menerima masuk murid Tahun 1 yang layak. Guru PPKI di sekolah ini seramai 10 orang. Murid-murid digalakkan membantu murid-murid PPKI sekiranya mereka memerlukan bantuan
- Memperkenalkan semua guru PPKI dan murid-murid PPKI kepada guru-guru dan murid-murid yang lain.

Ucapan Guru Besar: Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali
- Mengucapkan tahniah kepada ibu bapa atau penjaga murid yang telah hadir pada Mesyuarat Agung PIBG yang telah diadakan pada 30 Januari 2016 yang lepas. Tahniah juga kepada ibu bapa atau penjaga murid yang telah dilantik menjadi AJK PIBG 2016-2017.
- Penarafan Kedua Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Negeri Selangor 2016 pada 16 Februari 2016 - semoga kita berjaya memberikan persembahan cemerlang
- Guru Besar menguji murid dan sama-sama mengulangkaji visi dan misi PPDa
Visi PPDa: Sekolah Bebas Dadah
Misi PPDa: Melahirkan murid bebas dadah melalui program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah

Berikut gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis perhimpunan hari ini:

Barisan guru bertugas
Pn Astina bt Mahad Nor memimpin lagu Negaraku, lagu Selangor dan lagu sekolah; memimpin bacaan Ikrar dan menyampaikan ucapan 
Pengawas bertugas sebagai pengacara majlis, memimpin bacaan doa dan bacaan ikrar
En Hafiz bin Md.Noor menyampaikan laporan bertugas minggu lepas
PK PPKI, Pn Norhamizah bt Hamzah menyampaikan ucapan
Pn Norhamizah memperkenalkan guru-guru dan murid-murid PPKI
Guru besar, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali menyampaikan ucapan
Murid diuji oleh Guru Besar (Pn Hjh Rohaidah) untuk menyatakan visi dan misi PPDa
Wajah-wajah ceria guru SKTPP di Majlis Perhimpunan 
Wajah-wajah ceria murid SKTPP di Majlis Perhimpunan
Murid-murid mengaminkan doa, membaca ikrar dan mencatat pesanan daripada guru yang berucap

No comments:

Post a Comment