Monday, February 1, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Kelima (Sesi Petang)

Tarikh  : 1 Februari 2016
Hari     : Isnin
Masa    : 1.20 - 1.50 petang
Tempat: Dewan Perdana  SKTPP
Pengacara Majlis : Pn Yani bt Mohammad Sharif

Guru Bertugas
1. Pn. Yani bt Mohammad Sharif
2. En. Afandi bin Mat Zin
3. Pn. Rozimah bt Yaakob
4. Pn. Ummu A'thiah bt Haji Hashim
5. En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
6. Pn. Norazmira bt Kadirun

Laporan/ Ulasan

1.Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
- Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Salmi bt Amir
- Bacaan doa dipimpin oleh pengawas bertugas
- Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Yani.
-Bacaan ikrar murid dipimpin oleh pengawas bertugas

Pn. Salmi bt Amir memimpin nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah
 
Bacaan doa dipimpin oleh pengawas bertugas
Bacaan ikrar murid dipimpin oleh pengawas bertugas
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas
-Laporan ini telah disampaikan oleh Pn. Azizah bt Ab Hamid. Perkara yang disampaikan adalah :
i) Sepanjang minggu lepas tiada peristiwa kecederaan serius dilaporkan
ii) Peringatan kepada murid agar membuang sampah ke dalam tong sampah dan bukan di atas penutup tong sampah.
iii) Peringatan kepada murid yang balik terlalu lewat agar memberitahu ibu bapa untuk menjemput anak tepat pada waktunya.

Ucapan guru bertugas minggu lepas
3. Ucapan Guru Bertugas Minggu Ini
i) Pn. Yani memperkenalkan guru-guru yang bertugas pada minggu ini

Barisan guru bertugas pada minggu ini
ii) Tema pada minggu ini : Hormat Kepada Guru

-Tugas guru ialah mengajar di sekolah. Guru mendidik pelajar supaya menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara. Guru juga merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak di sekolah. Terdapat beberapa cara untuk menghargai guru.

-Guru akan berasa dihargai apabila pelajar menghormati guru. Guru perlu dihormati kerana guru menyampaikan ilmu kepada kita. guru juga mendidik kita supaya menjadi orang yang berguna. Contohnya, pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong terhadap guru.

-Pelajar juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka. Mereka mesti menghantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru akan membetulkannya. Jadi, guru wajar dihargai kerana selalu membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

- Mereka juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah. Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan mereka berjaya dalam pelajaran. Mereka perlu mematuhi peraturan sekolah. Sebagai contoh, mereka perlu datang awal ke sekolah dan tidak terlibat gengsterisme, vandalisme, ponteng sekolah, melepak dan lain-lain. Oleh itu, jadilah pelajar yang berdisiplin.

- Pelajar boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawa buku-buku guru ke bilik guru. Menghargai guru juga bermaksud mengenang jasa guru. Hal ini disebabkan guru telah banyak berjasa. Sebagai contog, ketika guru sakit, kita hendaklah menziarahinya. Dengan ini guru akan berasa gembira dan bangga terhadap pelajarnya. 

iii) LAWAD
      BM : Merecap - Merasa
      BI   : Hill - Bukit
      B. Arab : Sobuunun - Sabun

Guru bertugas sedang memberi ucapan
4. Ucapan Guru Penolong Kanan Petang : Pn. Rosmah bt Jamat

i) Beliau mengucapkan tahniah kepada murid-murid sesi petang kerana mematuhi disiplin semasa waktu pulang ke rumah dengan beratur dan sentiasa berada dalam barisan dan tiada perkara buruk yang berlaku dalam perjalanan murid keluar dari sekolah.

ii) Beliau berharap agar murid-murid dapat mematuhi disiplin bukan hanya dalam waktu pulang ke rumah malahan dalam setiap aktiviti dan program sesi petang dan waktu persekolahan.
Ucapan Penolong Kanan Petang

 Disediakan oleh :
Abdul Hafiz bin Abdul Halil

No comments:

Post a Comment