Monday, March 14, 2016

Bengkel Teknik Menjawab Matematik 2016

Unit Gemilang UPSR 2016 dan Panitia Matematik telah berjaya mengadakan Bengkel Teknik Menjawab bagi mengisi slot kelas tambahan pada 14 Mac 2016. Program ini dijalankan di Dewan Perdana dan Bilik Mesyuarat SKTPP. 

Dua orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang penandaan kertas dan penggubalan soalan telah dijemput untuk mengendalikan program ini.  Semua murid tahun 6 dibahagikan kepada 3 kumpulan:- 

Penceramah 1 : En. Saiful Anuar bin Haji Basran (Dewan Perdana)
Kumpulan 1 terdiri daripada murid-murid Zeta, Theta dan Sigma
Kumpulan 2 terdiri daripada murid-murid Omega, Lambda, Gamma, Delta dan Beta


En. Saiful Anuar bin Haji Basran
Pengenalan yang menarik minat murid


Murid diberi peluang untuk menulis jawapan  
  


Penceramah 2 :  En. Nadzarawi bin Tamby Abdullah (Bilik Mesyuarat)
Kumpulan 3 terdiri daripada murid-murid Alfa dan sebilangan murid dari kelas kumpulan 2


En. Nadzarawi bin Tamby Abdullah




Masing-masing tekun mendengar ceramah yang diberi


Murid cuba menjawab contoh soalan yang diberi

Murid-murid telah dibekalkan dengan modul bengkel yang disediakan oleh penceramah-penceramah jemputan. Modul ini dapat membantu murid-murid semasa pengendalian bengkel agar murid-murid dapat memberi tumpuan yang lebih kepada isi kandungan yang akan disampaikan oleh  penceramah.

Guru-guru matapelajaran juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama belajar bagi meningkatkan lagi kemahiran serta pengetahuan berdasarkan format terkini kertas soalan UPSR.

Objektif  pelaksanaan aktiviti:
  • Mendedahkan murid-murid teknik menjawab soalan UPSR mengikut format terkini.
  • Mengisi masa cuti murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.

Pihak guru SKTPP amnya dan guru- guru tahun 6 khasnya amat berharap murid-murid dapat mengaplikasikan segala teknik yang telah disampaikan oleh penceramah seterusnya dapat meraih kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR kelak.

No comments:

Post a Comment