Tuesday, March 22, 2016

Tahniah SKTPP Johan Bilik Sumber PPDa Negeri Selangor 2015/2016!

Alhamdulillah syukur akhirnya SKTPP dinobatkan sebagai Johan dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat Negeri Selangor 2015 / 2016. Keputusan tersebut diperolehi semasa Majlis Anugerah PPDa peringkat Negeri Selangor pada 22 Mac 2016 di Management and Science University (MSU), Shah Alam. Majlis yang gilang-gemilang lagi berprestij itu telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah JPN Selangor; Tuan Zainuren bin Hj. Mohd. Nor.
  Tahniah buat semua murid, guru, kakitangan, ibu bapa, PIBG dan seluruh warga sekolah serta komuniti setempat atas kejayaan ini. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil kerjasama padu dari semua pihak yang tekun dan bersatu hati melaksanakan program dan pdp demi merealisasikan visi dan misi PPDa. Terima kasih buat para hakim yang telah nampak akan usaha kita dalam membanteras dadah serta menghebahkan maklumat bahaya DARVIH ini secara bersepadu dan berterusan.
   Sesungguhnya komitmen dalam PPDa ini telah memberikan impak kepada bidang akademik dengan pencapaian terbaik SKTPP dalam UPSR 2015 dan kokurikulum terutama dalam Kejohanan MSSD 2016. Ini membuktikan kerjabuat para guru, murid-murid dan warga sekolah dalam menjayakan PPDa selama ini tidaklah sia-sia bahkan sangat positif dalam membentuk generasi yang cemerlang serta bebas dadah.
   Insya Allah dengan kejayaan selaku Johan Negeri ini, SKTPP akan mewakili Negeri Selangor dalam Pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mac 2017 tahun depan. Sama-samalah kita berusaha dengan melipatganda dan menambahbaikkan lagi program, kesan halo, pdp dan kualiti Sahabat PPDa kita agar bertaraf nasional. Semoga kita akan beroleh kejayaan di peringkat kebangsaan kelak. Aamiinnn....
(Lagi laporan kejayaan tersebut dalam blog PPDa SKTPP di sini dan blog Guru Besar di sini)

   Gambar-gambar suasana semasa Majlis Anugerah PPDa peringkat Negeri Selangor 2015 / 2016...












Guru Besar bersama pegawai PPDa JPS dan PPD yang banyak memberi bimbingan sehingga kita sampai ke tahap ini. Terima kasih tuan!

No comments:

Post a Comment