Monday, August 1, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-28 (Sesi Petang)

Tarikh     : 1 Ogos 2016
Tempat   : Dewan Perdana
Masa      : 1.20 - 2.00 petang

Guru Bertugas:
  1. Nik Rosmaliza bt Nik Husain
  2. Nur Malisya bt Omar
  3. Nor Suriati bt Ismail
  4. Nurazlin bt Mat nor
  5. Nur Azizati bt Ahmad
  6. Nor Nadzirah (cuti bersalin)



Laporan/Ulasan:
  1. Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
  2. Bacaan doa oleh wakil murid Tahun 3.
  3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan Nik Rosmaliza.
  4. Bacaan Ikrar Murid oleh adik Alif Qaweem (3 Kompang).

Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Pn Arrny Yusnita)

  1. Disiplin murid tidak memuaskan sepanjang minggu lalu. Semoga kejadian-kejadian seperti kecurian, kecederaan dan perkara-perkara yang tidak diingini tidak akan berulang lagi.
  2. Murid-murid dilarang masuk ke kawasan-kawasan larangan dalam perkarangan sekolah. Contohnya, murid dilarang bermain di kabin dan kawasan belakang pada waktu rehat kerana persekitaran yang kurang selamat.

Ucapan Guru Bertugas (Pn Nik Rosmaliza)

Tema : Kesopanan dan Kesusilaan

Murid perlu beradab sopan dan menghormati guru-guru. Semua murid disarankan untuk memberi salam dan bersalaman ketika berjumpa guru.


LAWAD:

Bahasa Melayu: mengasak (mendesak)

Bahasa Inggeris: bright (bersinar)

Bahasa Arab: Qalamun (pen)


Pengumuman:

  1.  Aktiviti kokurikulum pada hari Rabu ditangguhkan.
  2. Pusat Sumber ditutup untuk sementara waktu pada hari Isnin dan Selasa.






Laporan ditulis oleh;

Nurazlin bt Mat Nor

No comments:

Post a Comment