Monday, September 19, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-34 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh : 19 September 2016
Masa : 1.20 – 1.50 petang
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Guru Betugas :

1.        En. Ahmad Junaidi bin Abdullah
2.       Pn. Nor Maziah binti Abd. Malek
3.       Pn. Norazah binti Mohd Ali
4.       Pn. Fadhilah binti Talib
5.       Pn. Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin
6.       Pn. Zauiyah binti Ismail

LAPORAN

1.        Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
2.       Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril (3 Tabla).
3.       Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Zauiyah Ismail.
4.       Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh Aleef Qawiem bin Arzeky (3 Kompang).
5.       Memperkenalkan barisan guru yang bertugas

UCAPAN GURU BERTUGAS – PN. ZAUIYAH ISMAIL
Tema : Jati Diri

Jati diri bermaksud sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu atau sesuatu bangsa.  Dalam erti kata yang lain, ia merupakan identiti individu, masyarakat dan negara bangsa yang mempunyai sifat-sifat keutuhan yang dibanggakan.  Ia merujuk kepada keteguhan hati dan kekuatan jiwa seseorang.

Dengan memiliki sifat jati diri yang baik, ia dapat menghindarkan kita dari terpengaruh dengan sifat-sifat negatif serta menjadikan kita lebih dihormati.

LAWAD

Bahasa Malaysia  -  merangkul (memegang rapat-rapat ke dada sendiri, memeluk)
Bahasa Inggeris   -  vegetable (sayuran)
Bahasa Arab       -   البابون / babun (pintu)

Gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung...


Pn. Zauiyah mengacarakan majlis
Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril (3 Tabla) memimpin bacaan doa
Pn. Zauiyah mengetuai lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya
Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Aleef Qawiem bin Arzeky (3 Kompang)

No comments:

Post a Comment