Saturday, September 10, 2016

Selamat Bercuti

Selamat bercuti diucapkan buat semua murid SKTPP. Sila jaga keselamatan dan kesihatan sepanjang cuti sekolah bermula pada 10 hingga 18 September 2016 ini. Manfaatkan cuti sekolah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah walau di mana jua kita berada. Buku sekolah jangan dilupa...
   Sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 12 September 2016, pihak sekolah mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidiladha" maaf zahir dan batin buat semua murid dan ibu bapa / penjaga.
   Menjelang perayaan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2016, pihak sekolah juga ingin mengucapkan "Selamat Hari Malaysia". Semoga semua rakyat berbilang bangsa di negara kita terus kekal hidup bahagia aman damai sepanjang masa....





No comments:

Post a Comment