Monday, October 10, 2016

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-37 (Sesi Pagi)

Tarikh : 10 Oktober 2016
 
GURU-GURU YANG BERTUGAS

Encik Ahmad Musrizuan bin Daud
Puan Nor Shuhada binti Mohd Noor
Puan Norliza binti Ali @ Yasim
Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
Puan Norfauziaton binti Ali Mohamed
Puan Zailezah binti Sardi
Puan Norbaizura binti Nordin
Puan Nor Hasimah binti Samarin

Perhimpunan Pagi 

LAPORAN / ULASAN

Nyanyian, bacaan doa dan ikrar
Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
Bacaan doa oleh Nukman Haziq.
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Pn. Zailezah.
Bacaan Ikrar Murid dipimpin oleh ketua pengawas iaitu Asyraaf Aqasha.


 Bacaan doa

      Bacaan ikrar

Laporan / ulasan guru bertugas minggu lepas (Ustaz Mahadir)
Ustaz mengingatkan   murid-murid sentiasa mengamalkan tiga perkara yang berikut iaitu:
   a)       Keberadaan dalam kelas
- Murid-murid diingatkan supaya sentiasa berada dengan senyap di dalam kelas semasa cikgu tiada dalam kelas terutama kelas tahun 6. Selain itu, murid-murid tahun 6 juga dilarang keluar daripada kelas jika cikgu tidak ada dalam kelas.
b) Makan di merata-rata tempat
- Murid-murid juga dinasihatkan supaya tidak makan di merata-rata tempat. Murid-murid diminta makan di kantin sahaja.
c) Mematuhi peraturan sekolah.
- Murid-murid diminta mematuhi peraturan sekolah iaitu memakai pakaian seragam ke sekolah  setiap hari dan diminta semua pelajar lelaki menggunting rambut dengan pendek dan sentiasa kemas.

Pemenang Keceriaan Kelas

PPKI
1.Apple
2.Compaq
3.Lenovo
TAHUN 4
1.Radiologi
2.Patologi
3.Respiratori
TAHUN 5
1.Zuhrah
2.Uranus
3.Zuhal
TAHUN 6
1.Lambda
2.Omega
3.Gamma
 

Ucapan guru bertugas
Memperkenalkan guru-guru bertugas pada minggu ini.


Tema minggu ini ialah Budaya Cemerlang.

Budaya cemerlang dalam kalangaan murid adalah seperti menyiapkan tugasan dengan cemerlang dalam pelajaran di sekolah. Selain itu, mematuhi ibu bapa merupakan nilai murni yang cemerlang dalam kehidupan kita. Masyarakat yang mematuhi undang-undang diklasifikasikan sebagai masyarakat atau komuniti yang cemerlang. Dalam pada itu, daya saing untuk mencuba sesuatu yang baru juga membentuk ke arah Budaya Cemerlang.

Pemulangan Buku Nilam
Puan Siti Rabiaah binti Mohammad meminta murid-murid tahun 4, 5 dan 6  memulangkan buku-buku Nilam pada 11 Oktober 2016 sebelum pukul 9.00pagi.

Pertandingan Reka Cipta Sempena Karnival Komuniti
Pada 3 September 2016, 5 orang murid SKTPP telah menyertai Pertandingan Reka Cipta Sempena Karnival Komuniti Sepang Tahun 2016. Sekolah kita telah mendapat tempat ke-5 daripada 11 buah sekolah. Pemenang–pemenang tersebut adalah seperti berikut:
1.      Muhd Nur Rusyaidi bin Bakri
2.      Ahmad Redzuan bin Ahmad Faizol
3.      Muhd  Musyrif Hfiy bin Muhajmi
4.      Mohamad Hazwan bin Aminur Rashid
5.      Muhd Izzat Anuar Alejandro bin Sani.

  
  

Perkhemahan Unit beruniform Peringkat Sekolah.
Ustazah Hasliza telah mengingatkan murid-murid supaya menghantar borang-borang penyertaan perkhemahan dengan segera.

Ucapan guru Penolong Kanan Kurikulum
Puan Azizah binti Mokhlas telah memaklumkan  kepada murid-murid  sentiasa menjaga tingkah laku masing-masing semasa berlangsung Prapenghakiman PPDa pada 11 Oktober 2016 (Selasa) esok. Murid-murid diminta menjaga disiplin untuk menjaga nama baik dan mengharumkan nama sekolah kita.
Beliau juga mengingatkan bahawa pada hari Rabu minggu ini iaitu 12 Oktober 2016 akan diadakan Peperiksaan  Akhir Tahun untuk mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Arab dan Bahasa Tamil untuk semua murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid diminta hadir pada hari tersebut untuk menduduki peperiksaan tersebut.


Disediakan Oleh : Jamunarani Bhoja Rajan

No comments:

Post a Comment