Tuesday, January 24, 2017

Laporan Perhimpuan Rasmi Minggu Ke-4 (Sesi Petang)

Hari                      : Isnin
Tarikh                   : 23 Januari 2017
Masa                     : 1.20 - 2.00 petang
Pengacara Majlis  : Pn Nora bt Sabihi

Guru Bertugas :
1) En. Rusmami bin Rusli (K)
2) Pn Nur Azizati binti Ahmad (P)
3) Pn Nor Suriati binti Ismail
4) Pn Nik Rosmaliza binti Nik Hussin
5) Pn Nur Malisha binti Omar
6) Pn Nur Azlin binti Mat Nor
7) Pn Nora binti Sabihi

Laporan/ulasan

1) Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah yang dipimpin oleh Pn. Salmi Amir.

2) Bacaan Doa dan Ikrar Murid di bawah pimpinan adik Mohd Shafiq Ahnaf bin Mohd Kamarol Hisham.

3) Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Nora bt Sabihi.

4) Laporan Guru Bertugas Minggu ke-3 oleh Pn. Arnny Yusnita bt Md Enarji.

Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji

i) Syabas dan tahniah kepada semua murid kerana pada minggu lepas tiada kes kemalangan atau kecederaan yang dilaporkan pada minggu lepas. Murid-murid sentiasa diingatkan supaya menjaga keselamatan diri masing-masing.

ii) Murid-murid juga perlu menggunakan tangga yang betul seperti yang telah ditetapkan supaya tidak sesak iaitu;
~ Murid Tahun 1 di laluan tangga UUM;
~ Murid Tahun 2 di laluan tangga USM dan
~ Murid Tahun 3 di laluan tangga UKM.

iii) Ingatan kepada semua murid, setelah minggu ke-4, diharap lencana sekolah dan tanda nama telah pun dilekatkan pada baju atau tudung masing-masing.

5) Memperkenalkan antara barisan guru yang bertugas sepanjang minggu ke-4 (23 Januari hingga 27 Januari 2017).

Barisan guru bertugas pada minggu ke-4
Dari kiri; Pn Nora, Pn Nur Azizati, Pn Nik Rosmaliza, Pn Nurazlin, Pn Nur Malisha dan Pn Nor Suriati.
Tiada dalam gambar; En Rusmami (terlibat dengan Kejohanan Kriket Peringkat Daerah)

6) Tema Minggu Ini :
Peraturan Sekolah 2 - Pakaian Seragam Sekolah. 
Guru bertugas menegaskan bahawa murid -murid perlu berpakaian kemas dan bersih, rambut sentiasa pendek dan memastikan lencana dan tanda nama ada pada baju atau tudung murid.
Murid-murid diingatkan agar mengikut peraturan-peraturan berikut:

i. Murid Lelaki
- Seluar panjang berwarna biru tua.
- Kemeja putih berlengan pendek.
- Tali pinggang berwarna hitam/biru tua.
- Kasut dan stoking berwarna putih.

ii. Murid Perempuan
- Baju kurung berwarna putih kosong.
- Kain berwarna biru tua.
- Tudung berwarna putih.
- Blaus putih berlengan pendek dan pinafore/skirt berwarna biru tua.
- Kasut dan stoking berwarna putih.

7) LAWAD minggu ini :
i) BM : menyanggah = membantah, menyangkal
ii) BI : treasure = harta karun
iii) BA : maktabun = meja

8) Ucapan oleh Puan Jumilah binti Ahmad, Penolong Kanan Petang.

Puan Jumilah binti Ahmad

i) Ingatan sekali lagi pemakaian lencana sekolah dan tanda nama pada baju atau tudung, semua murid perlu melengkapkannya. Pemeriksaan pada setiap murid akan dilaksanakan selepas cuti Tahun Baharu Cina

ii) Murid-murid seharusnya berambut pendek dan kemas terutamanya murid-murid lelaki.

iii) Peringatan semula tentang penggunaan pagar yang betul iaitu;
  • Pagar A1 - kereta yang mempunyai pelekat khas daripada pihak sekolah
  • Pagar A2 - pejalan kaki / berbasikal
  • Pagar B - motorsikal, kereta, van atau bas sekolah.
Beliau juga menyampaikan pesanan kepada ibubapa supaya mengikut peraturan tersebut supaya melancarkan aliran trafik pada waktu puncak terutamanya waktu balik dari sekolah.

iv) Sekolah akan mula bercuti pada 26/1/2017 (Khamis) hingga 31/1/2017 (Selasa) sempena Perayaan Tahun Baharu Cina. Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 1/2/2017 (Rabu).

9) Pengumuman - Aktiviti kokurikulum ditangguhkan pada 25/1/2017 dan 1/2/2017.

Perhimpunan Rasmi Minggu ke-4 tamat pada jam 2.00 petang.

No comments:

Post a Comment