Tuesday, January 3, 2017

Laporan Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2017 (Sesi Pagi)

Selamat kembali ke sekolah buat semua murid SKTPP!!!

Hari      : Isnin
Tarikh   : 03 Januari 2017
Masa     : 7.30 - 8.00 pagi
Tempat  : Dewan Perdana SKTPP

Guru Bertugas Minggu Pertama (03 - 06 Januari 2017)

1) Cik Roslinda bt Mansor
2) En. Mahadir bin Midun
3) Pn. Nurliza bt Ab Rahman
4) Pn. Noriza bt Md. Nor
5) Pn. Nor Shuhada bt Mohd Noor
6) Pn. Norasmawati bt Omar
7) Pn. Rafidah bt Salleh
8) Pn. Juli bt Mahbah
9) Pn. Faridatul Aini bt Alias

Ucapan Pengerusi Majlis (Cik Roslinda bt Mansor)

Cikgu Roslinda mengalu-alukan kedatangan murid pada hari pertama persekolahan.
Beliau turut memperkenalkan guru bertugas pada minggu pertama ini.
 
 Ucapan Guru Disiplin (Encik Tarmiji Bin Sabali)

  •  Encik Tarmiji memaklumkan kepada murid  supaya rambut dipotong pendek dan sentiasa  kemas.
  •  Murid-murid perlu memakai tali leher sewaktu berada di sekolah. Bagi murid yang tidak mempunyai tali leher, boleh beli di kedai buku sekolah.
  •  Tanda nama harus dipakai oleh semua murid. Murid  yang  tidak mempunyai tanda nama, perlu membuat tempahan tanda nama di pejabat sekolah  atau melalui guru kelas. Tampal tanda nama dan lencana pada baju sebagaimana tatacara yang telah ditetapkan.
  •  Murid-murid juga diingatkan supaya tiba / berada di sekolah sebelum atau pada jam 7.20 pagi.       

Ucapan Guru Besar (Pn. Rohaidah bt Mohd Ali)

  • Pn. Rohaidah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua murid yang hadir ke sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2017. Selamat Datang buat murid-murid baru.
  • Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah sebagaimana yang telah disampaikan oleh Guru Disiplin dan guru-guru lain selepas ini.
  • Semua murid juga perlu datang awal ke sekolah, sentiasa cergas dan bersemangat serta sentiasa berpakaian kemas.
  • Murid yang hadir ke sekolah dan dijemput oleh ibu bapa hendaklah menggunakan Pagar B bagi mengurangkan kesesakan jalanraya.
  • Kohort bagi sesi pagi pada tahun ini ialah :
       Tahun 4 : Alat Muzik Tradisional Melayu                  
               Tahun 5 : Bidang Perubatan
               Tahun 6 : Planet
  • Guru Besar juga memaklumkan kepada ibu bapa yang hadir agar menulis nama pendaftaran untuk e-Sarana di Laluan Patriotik sebagaimana yang diarah oleh KPM. Tujuan e-Sarana adalah untuk mencatat kehadiran ibu bapa dalam program-program utama sekolah serta bagi meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Pengumuman

  • Hari Rabu & Khamis iaitu 4 & 5 Januari 2017, semua murid dikehendaki memakai baju sukan sekolah kerana akan diadakan Program Maju Diri (PMD).
  • Murid-murid yang belum menerima buku teks atau belum cukup bilangannya, diminta berurusan dengan Cikgu Jamilah bt Mohd Yusof.

Barisan Guru Bertugas minggu ini


Murid-murid ceria di hari pertama persekolahan

Guru Disiplin sedang memberi penerangan tentang peraturan sekolah

Ucapan daripada Puan Guru Besar

Murid mendengar pengumuman dengan teliti

Disediakan oleh,
Puan Nor Shuhada bt Mohd Noor

No comments:

Post a Comment