Monday, July 17, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-26 (Sesi Pagi)


Tarikh: 17 Julai 2017
Masa  : 7.30 - 8.00 pagi
Tema  : Kenali Indonesia

Guru Bertugas

Cik Roslinda binti Mansor (K)
En. Mahadir bin Midun
Pn. Nurliza binti Ab Rahman
Pn. Noriza binti Md. Nor
Pn. Norasmawati binti Omar
Pn. Rafidah binti Salleh
Pn. Juli binti Mahbah
Pn. Faridatul Aini binti Alias
Cik Syahirah binti Tumar
Cik Mawaddah binti Kamarulzaman

Agenda Perhimpunan

Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku.
Bacaan doa oleh Adik Mohd Rusyaidi bin Bakri
Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Roslinda binti Mansor.
Bacaan ikrar murid oleh pengawas sekolah, Amirah Syazana bt Samsuri

LAWAD

Bahasa Melayu - bagai aur dengan tebing
Bahasa Inggeris - Compass (Kompas)
Bahasa Arab - الثاني (ke-dua)

Ucapan Guru Bertugas (Cik Roslinda binti Mansor)

Tema: Kenali Indonesia

Republik Indonesia (RI), umumnya disebut Indonesia, adalah negara di Asia Tenggara yang dilintasi garis khatulistiwa dan berada di antara benua Asia dan Australia serta antara Samudra Pasifik dan Samudra Hindia. Ibu negara Indonesia ialah Jakarta.

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-25 (Pn. Rosmizawati binti Yusub)

Beliau menekankan tentang disiplin murid sewaktu berjalan ke kelas agar tidak membuat bising.
Melaporkan dua kes kemalangan, kecederaan di kepala ekoran bermain dan tidak berdisiplin.
Murid-murid diingatkan agar menjaga disiplin setiap masa.

Laporan Kebersihan Kelas

Kelas PPKI:-
Tempat pertama : Kelas Soccer
Tempat kedua    : Kelas Archery
Tempat ketiga    : Kelas Aquatic

Tahun 4 -       
Tempat pertama : Kelas Nafiri
Tempat kedua     : Kelas Kompang
Tempat ketiga     : Kelas Rebana

Tahun 5 -       
Tempat pertama : Kelas Respiratori
Tempat kedua     : Kelas Surgeri
Tempat ketiga     : Kelas Patologi

Tahun 6 -        
Tempat pertama : Kelas Neptun
Tempat kedua     : Kelas Pluto
Tempat ketiga     : Kelas Zuhrah

Perarakan masuk Guru Besar SK Taman Putra Perdana sempena meraikan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali selaku penerima Anugerah Ikon Kepimpinan Daerah Sepang 2017 semasa Sambutan Hari Guru dan Hari Raya PPD Sepang yang telah diadakan di SMK Dato Abu Bakar Baginda pada 15 Julai 2017 (Sabtu) yang lalu.

Majlis perarakan Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali diiringi semua Penolong Kanan serta paluan kompang dan bunga manggar. Setelah membacakan biodata GB, PK1 dan PK HEM telah menyampaikan semula sijil, piala yang diterima tempoh hari serta penyampaian cenderamata.

Satu persembahan multimedia Sambutan Hari Guru dan montaj Ikon Kepimpinan yang telah disediakan oleh PPD dan telah dipersembahkan semasa program Sabtu lepas serta persembahan multimedia khas majlis sambutan tersebut telah ditayangkan semula kepada murid-murid dan guru-guru sebagai penyuntik semangat buat warga pendidik di sekolah ini. Tahniah buat Pn. Rohaidah!

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

- Mengucapkan terima kasih dan penghargaan pada semua warga sekolah
- Memberi ucapan dan kata-kata semangat agar guru-guru bersemangat untuk melonjakkan diri ke arah yang lebih cemerlang.

Antara gambar-gambar semasa perhimpunan rasmi ke-26:-

Ucapan Guru Bertugas: Pn. Roslinda binti Mansor

Bacaan doa oleh adik Mohd Rusyaidi bin Bakri

Bacaan ikrar 


Laporan Guru Bertugas Minggu lepas.

Penyampaian Kelas Terbersih

Guru-guru bertugas

LAWAD




Perarakan masuk Guru Besar

Pn Nurliza binti Ab Rahman membacakan biodata Pn. Rohaidah binti Mohd Ali

Pn. Rohaidah binti Mohd Ali menyampaikan ucapan.








Tayangan Multimedia
Wajah ceria guru-guru

Disediakan Oleh: Faridatul Aini binti Alias

No comments:

Post a Comment