Monday, September 18, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-34 (Sesi Pagi)

Hari    :  Isnin
Tarikh : 18 September 2017
Masa   : 7.30 - 8.30 pagi

Guru Bertugas :

1. Cik Roslinda bt Mansor
2. Pn Norasmawati bt Omar
3. Pn Nurliza bt Abd Rahman
4. En. Mahadir bin Midun
5. Cik Mawaddah bt Kamarulzaman
6. Cik Shahirah bt Tumar
7. Pn Juli bt Mahbah
8. Pn Noriza bt Md Nor
9. Pn Faridatul Aini bt Alias

Laporan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku
  • Bacaan Doa dari pengawas yang bertugas.
  • Bacaan ikrar, Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalanraya yang diketuai oleh Cik Mawaddah binti Kamarulzaman.
  • Bacaan ikrar murid oleh pengawas bertugas.
2. Laporan guru bertugas minggu lepas.

Laporan disampaikan oleh Pn Norhana bt Nordin. Beliau mengucapkan tahniah kepada calon UPSR yang telah berjaya menduduki peperiksaan selama 4 hari. Sepanjang peperiksaan berlangsung pemarkahan keceriaan kelas tidak dapat diambil kerana kelas digunakan sebagai bilik peperiksaan. Beliau juga menegaskan pada murid-murid tahun 6 agar mengemas semula susunan kerusi meja di dalam kelas supaya selesa untuk digunakan.

3. Ucapan guru bertugas (Cik Mawaddah bt Kamarulzaman)

Kenali Vietnam
  • Vietnam adalah sebuah negara Asia Tenggara di Laut China Selatan yang terkenal dengan pantainya, sungai dan budayanya. Pagoda dan kotanya yang ramai. Nama rasmi negara Vietnam adalah Republik Sosialis Vietnam. Negara ini juga berbatasan dengan China di utara, Laos di barat daya, Kamboja sampai barat daya, Thailand di seberang Teluk Thailand di barat daya, dan Filipina. Malaysia dan Indonesia merentasi Laut Cina Selatan di timur dan tenggara
  • Bahasa rasmi adalah Bahasa Vietnam. Populasi Vietnam kira-kira 95,028.882 orang. Negara yang ke-66 terbesar didunia dengan luas 331,210 km persegi (127,881 mil persegi).
  • Vietnam adalah negara yang panjang dan sempit dan berbentuk huruf S, penduduk Vietnam sangat berbangga akan hal ini. Mereka sering bercerita kepada orang asing akan keindahan negara mereka.
  • Hanoi adalah ibu kota Vietnam dan kota kedua terbesar di negara itu. Terdapat dua sungai yang terkenal di Vietnam iaitu Sungai Mekong dan Sungai Merah. Tanah di daerah ini amat subur untuk kegiatan penanaman padi. 

4. Ucapan Guru Besar (Pn Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali)

Beliau telah menyampaikan beberapa peristiwa yang berlaku di sekolah antaranya ialah:

  • Beliau mengucapkan tahniah kepada calon UPSR 2017 kerana berjaya datang ke sekolah dan menjawab peperiksaan dengan baik walaupun terpaksa menghadapi pelbagai rintangan antaranya ialah serangan lebah di bilik peperiksaan sehingga calon terpaksa dipindahkan ke bilik yang lain. Anggota JPAM dan Bomba telah dihubungi dan telah datang ke sekolah pada sebelah malam untuk memusnahkan sarang dan lebah-lebah berkenaan.
  • Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang telah menyimbang dan menyediakan sarapan berkhasiat buat calon UPSR sepanjang 4 hari peperiksaan UPSR. Pihak sekolah amat berbesar hati. Kisah gembira ini juga telah dimuatkan ke dalam suratkhabar Berita Harian Didik hari ini 18.9.2017.
  • Penundaan tarikh pertandingan Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Negeri Selangor daripada 25 September 2017 kepada 25 Oktober 2017. Guru-guru dan murid-murid bolehlah membuat penambahbaikan dalam tugasan masing-masing. Nama Pusat Sumber Sekolah telah ditukarkan kepada "Ujana Ilmu" manakala Bilik Mesyuarat ditukarkan kepada "Terminal Muafakat". Konsep Ujana Ilmu ialah 'airport'
  • Kes Kebakaran di Pusat tahfiz Ittifiqiyah didalangi oleh pelajar yang tidak bersekolah yang juga positif dadah ini adalah akibat tidak memahami tentang bahaya dadah. SKTPP memandang serius gejala penyalahgunaan dadah dan DARVIH. Murid-murid di sekolah ini telah lama didedahkan dengan bahaya dadah dan DARVIH sehingga wujud Bilik Sumber PPDa untuk memberi info kepada murid-murid dan warga sekolah. Beliau berharap agar murid-murid dapat mengambil iktibar daripada peristiwa tragis ini agar terus menjauhi dadah bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan masalah sosial yang semakin serius mutakhir ini.
Tekun murid-murid sesi pagi yang terdiri daripada tahun 4- 6 mendengar taklimat dari guru bertugas

Guru bertugas pada minggu ini (18-21 September 2017) "Sedia Berkhidmat"

Ucapan dari Cik Mawaddah selaku guru bertugas minggu ini.

Ucapan dari Guru Besar Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali.

No comments:

Post a Comment