Monday, November 13, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi MInggu ke-42 (Sesi Petang)

Tarikh : 13 November 2017
Hari: Isnin
Tempat: Dewan Perdana SKTPP
Pengacara Majlis : Puan Yani bt Mohd Sharif

Senarai Guru Bertugas:

  1. Puan Nor Maziah bt Abd Malek 
  2. Puan Zauiyah bt Ismail
  3. Puan Norazah bt Mohd Ali
  4. Puan Siti Maziah bt Muhamad Tajuddin 
  5. Puan Fadilah bt Talib
Guru-guru bertugas Kumpulan A (Minggu ke-42)

Laporan Perhimpunan:

1. Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku. Nyanyian dipimpin oleh Puan Salmi bt Amir.
2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Syafiq Ahnaf bin Mohd Kamarul Hisham.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh Puan Yani bt Mohd Sharif
4. Ikrar murid dipimpin oleh adik Nurhasya Sofea bt Zuraidi.
Ikrar murid oleh adik Nurhasya Sofea bt Zuraidi

5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Nashirah bt Taib
  • Tiada kecederaan dilaporkan.
  • Disiplin murid dalam kawalan yang baik.
  • Murid perlu sentiasa menunjukkan disiplin yang baik supaya sekolah aman dan selamat.
Puan Nashirah bt Taib menyampaikan laporan guru bertugas minggu lepas

6. Ucapan guru bertugas oleh Puan Yani bt Mohd Sharif
Tema: Keselamatan Diri Semasa Cuti
  • Cuti sekolah akan bermula pada 25 November 2017. Sepanjang cuti persekolahan, murid-murid diingatkan untuk mengutamakan keselamatan sama ada bercuti di rumah atau di luar.
  • Keselamatan juga harus dititikberatkan semasa berada di kampung.
  • Rumah yang berdekatan dengan kawasan berair (laut, air terjun, perigi) juga perlu lebih berhati-hati untuk mengelakkan kejadian lemas.
    Puan Yani bt Mohd Sharif menyampaikan ucapan selaku Pengerusi Majlis
Murid-murid mendengar ucapan yang disampaikan 
7. Pengumuman
  • Tidak dibenarkan untuk membawa mainan yang berunsur pistol, cecair atau mercun ke sekolah. Jika didapati ada murid yang membawa mainan tersebut ke sekolah, mainan tersebut akan dirampas. Hanya permainan dalaman sahaja yang dibenarkan. 
  • Raptai Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum (HACK) akan bermula pada pukul 3.40 petang. Guru-guru terlibat perlu berada di dewan. Murid-murid Tahun 2 dibenarkan rehat awal pada pukul 3.20 petang.
8. Perkataan LAWAD:
  • Bahasa Melayu : Menyusul
  • Bahasa Inggeris : Rules
  • Bahasa Arab : Maktabun
8. Ucapan Penolong Kanan Petang; Puan Jumilah bt Ahmad
  • Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum akan dilaksanakan pada hari esok, Selasa 14 November 2017. Sesi persekolahan esok ialah sesi pagi. Murid-murid yang terlibat dalam penyampaian hadiah pada esok hari ialah pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas, penolong ketua kelas, penerima kehadiran penuh, penerima sijil kriket dan penerima sijil sepak takraw sahaja.
  • Hari Jalinan Mesra 2 akan diadakan pada hari Jumaat, 17 November 2017. Program tersebut akan bermula pada pukul 2.30 - 5.30 petang.
Puan Jumilah bt Ahmad (PK Petang) menyampaikan ucapan beliau

Perhimpunan tamat pada pukul 2.00 petang.

No comments:

Post a Comment