Pages

Monday, November 20, 2017

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-43 (Sesi Pagi)

Tarikh: 20 November 2017
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis:
   Guru - Puan Norliza binti Ali @ Yasim
   Murid - Adik Amirah Qistina binti Azmi

Senarai Guru Bertugas:
    1. Puan Noor Hanawati Alinda 
    2. Encik Srimahathevan a/l Vadivelu
    3. Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif
    4. Puan Norinna binti Mohamed
    5. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
    6. Cik Komagal a/p Kunaisekaran
    7. Puan Azwani binti Mohamed Noordin
    8. Puan Umi Nazrah binti Saharoni
    9. Puan Norliza binti Ali@ Yasim
   10. Puan Roslina binti Jafar


Barisan guru bertugas minggu ke-43

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah  dan Lagu Aku Negaraku. Rangkaian lagu ini bawah pimpinan Adik Hanis Syafiqah binti Mohd Rashidi
Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Rusyaidi bin Bakri
Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Norliza binti Ali@ Yasim
Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Hanis Nabila binti Hairul

Adik Amirah Qistina, Adik Hanis Syafiqah, Adik M.Rusyaidi dan Adik Hanis Nabila
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (12 – 17 November 2017)
Laporan disampaikan oleh Cik Roslinda binti Mansur.
Mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran program-program sepanjang minggu lepas. Kerjasama yang diberikan oleh murid-murid sangat baik. Antaranya program Hari Anugerah Cemerlang Kokurikulum, Hari Jalinan Mesra serta Majlis Graduasi ke-9 dan Jamuan Perpisahan Tahun 6. Diharapkan program yang dianjurkan tersebut dapat memberi galakan positif kepada murid agar meningkatkan potensi diri serta dapat menjadi insan yang seimbang.


 Laporan disampaikan oleh Cik Roslinda binti Mansur.

3. Ucapan guru bertugas oleh Pn. Norliza Ali
Tema: Cuti-cuti Malaysia
Pelajar diingatkan bahawa mereka berada pada minggu akhir persekolahan tahun 2017. Rancang cuti persekolahn akhir tahun dengan perkara-perkara yang berfaedah dengan mengambil berat soal keselamatan diri.
Cuti boleh dimanfaat dengan aktiviti menolong ibu bapa di rumah.

Pn. Norliza Ali, mewakili guru bertugas minggu ini

4. Penyampaian Cenderamata Kem Sains Sempena Karnival Sains Peringkat Daerah Sepang
Pengacara Majlis : Pn. Norasmawati Bt Omar.
Seramai 12 orang murid telah terlibat dalam kem ini dan mempamerkan keperibadian dan kerjasama yang baik sepanjang kem ni berlangsung di SK Cyberjaya yang dikendalikan dengan kerjasama mahasiswa dari UPM kursus Sains Perubatan dan Farmasi.
Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali telah menyampaikan cenderamata kepada murid-murid tersebut. Murid-murid tersebut juga telah membawa pulang hadiah tempat kedua (kutipan markah tertinggi) daripada 12 sekolah terlibat.  


6. Penyampaian Sijil sempena Majlis Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri Selangor.
Pengacara Majlis : Pn. Grace a/p Danaraj
Penyampaian sijil dan plak kepada Pn. Grace a/p Denaraj dan beberapa orang ahli Pasukan Tunas Puteri atas kejayaan mendapat Naib Johan dalam kategori  Pengurusan Unit Sekolah Rendah. Majlis ini disempurnakan oleh guru besar, Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd Ali. Seterusnya, majlis mempersilakan guru-guru penasihat Tunas Puteri untuk sesi bergambar.
 
Penyampaian sijil kepada peserta dan sesi bergambar pentadbir sekolah dan  guru-guru penasihat Tunas Puteri.

7. Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Rosmah Binti Jamat
Murid-murid tahun 6 diingatkan untuk memohon kemasukan tingkatan satu. Kegagalan untuk memohon akan mendatangkan masalah besar iaitu keciciran nama di sekolah menengah pada tahun depan. Murid-murid perlu memohon kemasukan tingkatan satu dengan segera.
Kelas perlu dipastikan dalam keadaan tersusun dan bersih sebelum ditinggalkan sempena cuti persekolahan akhir tahun. Susun meja dan kerusi dengan baik dan pastikan juga lampu dan kipas ditutup sebelum keluar dari kelas masing-masing
Murid-murid tahun 4 dan 5 juga diingat kan supaya bersedia untuk naik ke tahun 5 dan 6 pada tahun hadapan. Murid-murid tahun 6 perlu memanfaat masa cuti ini dengan mengenalpasti tajuk-tajuk penting  yang akan dipelajari pada tahun hadapan.


8. Ucapan Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah Bt Mohd. Ali
Beliau mengucapkan ribuan tahniah kepada murid-murid yang hadir pada minggu ini iaitu minggu akhir persekolahan tahun 2017. Kehadiran tahun 6 pada hari ini sangat memuaskan. Semoga disiplin ini diteruskan sampai bila-bila. Murid-murid diingatkan agar memanfaatkan cuti persekolahan nanti dengan mengisi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah. Terima kasih atas sumbangan murid-murid terhadap segala program, pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah maupun pihak luar.

Pn. Hajah Rohaidah Bt Ali sedang memberi ucapan kepada murid-murid pada perhimpunan terakhir 2017.

No comments:

Post a Comment