Pages

Saturday, November 18, 2017

Majlis Hari Graduasi dan Jamuan Perpisahan Tahun 6 / 2017

Paparan video Hari Graduasi dan Jamuan Perpisahan Tahun 6


Hari ini telah berlangsung dengan meriah dan membawa sejarah bagi murid-murid Tahun 6 iaitu Majlis Hari Graduasi Dan Jamuan Perpisahan "Seharum Kasturi Seindah Pelangi" Tahun 6/2017. Majlis ini adalah sebagai lambang berakhirnya pembelajaran mereka di alam sekolah rendah.
Bingkisan pantun yang tersirat seribu makna, sebagai tanda apresiasi murid-murid Kohort Planet;

Zuhal, Marikh dan juga Musytari,
Antara planet sistem suria,
Berakhlak pemangkin jati diri,
Itulah azimat adab manusia.

Objektif Program :
1.      Meraikan murid-murid yang bakal meninggalkan sekolah rendah.
2.       Meningkatkan keyakinan diri dan keberanian murid untuk naik ke pentas.
3.       Memberikan satu pengalaman dan kenangan manis buat murid-murid Tahun 6 sebelum meninggalkan alam sekolah rendah.
4.      Mencungkil bakat murid melalui persembahan yang ditampilkan.
5.      Merapatkan hubungan silaturrahim antara guru, PIBG dan murid-murid.

No comments:

Post a Comment