Pages

Tuesday, January 2, 2018

Guru Penyayang, Murid Cemerlang (Mengalu-alukan Kehadiran Murid Hari Pertama Persekolahan 2018)

Tarikh: 2 Januari 2018
Hari: Selasa
Masa:
Sesi pagi: 7.00 - 7.45 pagi
Sesi petang: 12.50 - 1.35 tengah hari
Tempat: Pintu pagar sekolah (Pagar B)
Aktiviti: Mengalu-alukan kehadiran murid pada hari pertama persekolahan.
Penglibatan: Guru Besar, Pentadbir Sekolah, PIBG dan Guru-guru SKTPP
Maskot:
Ustaz Mohd Ishak Shairazi dan Ustaz Ahmad Zubair (sesi petang)
Ustaz Mohd Hadri dan Ustaz Hariz Safwan (sesi petang)

Objektif:
  1. Murid-murid dapat merasakan sekolah adalah tempat belajar yang seronok dan kondusif.
  2. Murid-murid mendapati guru-guru merupakan pendidik yang penyayang dan bersedia membantu mereka dalam apa jua situasi.
  3. Murid-murid rasa dihargai dan disayangi
Agenda:
  • Barisan pentadbir dan guru-guru bersedia menyambut kehadiran murid.
  • Maskot Mickey Mouse dan Olaf Frozen bersedia menyambut dengan penuh kasih sayang.
  • Murid berkumpul di Dataran Perhimpunan / Dewan Perdana
  • Krew MHI TV3 mengadakan sesi interview kepada Guru Besar, Maskot, murid-murid dan ibubapa (sesi petang)
  • Wartawan-wartawan lain yang turut membuat liputan : Malay Mail, Utusan Malaysia dan Malaysia Gazzete.
Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Sesi Pagi:

Gandingan Ustaz Zubair dan Ustaz Ishak yang menggayakan maskot
Mickey Mouse dan Olaf bagi menyambut kehadiran murid di pintu pagar SKTPP

'Selamat Kembali Ke Sekolah 2018'

Murid-murid teruja apabila kehadiran mereka ke sekolah disambut oleh
barisan pentadbir, PIBG, guru-guru dan maskot


Bergambar kenangan bersama maskot

'Assalamualaikum, Selamat Pagi, Good Moorning dan Selamat Datang'

Jom hadir ke sekolah 

Wow...seronoknya.. 

Murid-murid tidak melepaskan peluang berjabat tangan dengan maskot.

Bergambar bersama ibu-ibu yang hadir

Bersama pebtadbir dan YDP PIBG

Sesi Petang:

Maskot petang : Ustaz Hadri (Mickey Mouse) dan Ustaz Hariz Safwan (Olaf)











Terima kasih semua

No comments:

Post a Comment