Monday, February 12, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-7 (Sesi Pagi)

Hari      : Isnin
Tarikh   : 12 Februari 2018
Masa     : 7:30 - 8:00 pagi
Tempat : Tapak perhimpunan

Guru bertugas:
  • Safinatunnajakh Binti Mat Som
  • Siti Masra Binti Abdul Kadir
  • Noorayuni Binti Ab. Fatah
  • Nurzainon Binti Mohd Razalli
  • Zuraini Binti Ismail
  • Hafiz Bin Md. Noor
  • Norsiah Binti Mohd Noor
  • Wan Rosmawati Binti Wan Ibrahim
  • Jamilah Binti Mohd Yusof
Laporan perhimpunan
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku
  • Bacaan doa
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya.
  • Bacaan Ikrar Murid
Lawad: 

Bahasa Malaysia - Bakat Terpendam bermaksud bakat yang tidak pernah ditunjukkan
Bahasa Inggeris - Marvellous  bermaksud menakjubkan
Bahasa Arab - Askalun bermaksud bentuk-bentuk

Laporan guru bertugas minggu ke-6 (Ustaz Zunaidi)
  • Beliau menegur murid tidak hormat semasa nyanyian lagu Negaraku
  • Beliau juga menegur murid membuat bising tidak menghormati Majlis Bacaan Yassin pada setiap pagi hari Jumaat
  • Beliau turut memberi penerangan berkaitan kesalahan berat di sekolah. Semua maklumat berkaitan kesalahan kesalahan berat ini terdapat dalam buku peraturan sekolah.
Ucapan Ustaz Zunaidi

Ucapan guru bertugas:

Ucapan Ustazah Safinatunnajakh

Barisan guru yang bertugas
  • Beliau memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ke-7
  • Seterusnya beliau memberitahu tema minggu ini iaitu Adab Kepada Guru
     Imam Ghazali menyatakan beberapa adab seorang murid:
  • Memberi sepenuh perhatian kepada guru
  • Diam sewaktu guru menyampaikan ilmu
  • Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru
  • Tidak meninggikan suara terhadap guru. Bercakap sekadar memadai dengan suara yang boleh didengar
  • Menghormati guru
  • Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan
  • Mendoakan kebaikan dan kesejahteraan guru
  • Memberi salam         
Saidina Ali mengatakan "Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepadaku"

"Seorang penuntut ilmu, apabila tidak menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, maka tidak ada faedah menuntut ilmunya",
kata-kata Sheikh Ibu Utsaimin RahimahuAllah

Ucapan Cikgu Izwan
  • Makluman kepada ahli  Kelab Kriket berkaitan kehilangan cermin mata salah seorang ahlinya.
  • Makluman kepada ahli Kelab Catur yang telah membuat bayaran tetapi tidak hadir semasa aktiviti
Ucapan Cikgu Izwan

Ucapan Cikgu Arnny
  • Beliau mengingatkan murid berkaitan Program 5 Minit membaca pada setiap hari Selasa. Beliau turut meminta murid membawa buku/bahan bacaan sendiri dari rumah di samping pihak Ujana Ilmu  turut menyediakan buku/bahan bacaan
  • Selain itu beliau turut mengingatkan Pengawas Ujana Ilmu supaya memakai uniform lengkap dan sempurna
  • Beliau turut memaklumkan supaya tidak membuka pintu Bilik Ujana Ilmu jika pintu dikunci kerana penutupan tersebut adalah bersebab.
  • Akhir sekali beliau memberi peringatan agar makanan dan minuman tidak dibawa ke Ujana Ilmu
Ucapan Cikgu Arnny

Ucapan PK HEM (Puan Rosmah)
  • Beliau menegur murid tidak bersungguh dan tidak hormat semasa bacaan ikrar.
  • Beliau memaklumkan tarikh Cuti Raya Tahun Baru Cina bermula dari 15 hingga 19 Februari 2018
  • Beliau turut minta murid memberitahu ibubapa agar merancang cuti supaya tidak mengambil cuti semasa minggu peperiksaan. 
  • Beliau turut menegur murid berkaitan budaya memberi salam 
  • Beliau meminta murid beratur dan berjalan dengan senyap semasa bergerak ke bilik-bilik khas.
Ucapan PK HEM 
Perhimpunan ditamatkan pada jam 8:30 pagi.

Disediakan oleh Siti Masra Binti Abdul Kadir

No comments:

Post a Comment