Pages

Monday, February 12, 2018

Kejohanan Ping Pong MSSD 2018

Kejohanan Ping Pong MSSD Sepang 2018 telah diadakan pada 5 hingga 6 Februari 2018 bertempat di SMK Putra Perdana. Sebanyak  17  buah sekolah bertanding  acara Perseorangan  Lelaki Bawah 12 tahun dan  7 buah sekolah bertanding acara Perseorangan Perempuan Bawah 12 tahun. Seramai enam orang murid  SKTPP menyertai kejohanan ini.
   Nur Alin Syazani Binti Mohd Radhi (6 Radiologi) telah mendapat  tempat ketiga acara Perseorangan Perempuan Bawah 12 Tahun dan layak ke peringkat negeri mewakili Kategori Bukan Cina yang akan berlangsung pada 28 Februari 2018. Adiknya Muhammad Harith Bin Mohd Radhi (3 Gigih) juga terpilih  mewakili Kategori Bukan Cina Lelaki. Syabas diucapkan kepada Alin dan Harith. 

Di antara pemain muda ( Muhammad Harith Bin Mohd Radhi)


Alin berlawan dengan pemain dari SK Desa Pinggiran Putra

Guru pengiring bersama pemain Ping Pong SKTPP

Penyampaian Sijil Penyertaan

Penyampaian Sijil Pencapaian kepada Alin Syazani Binti Mohd Radhi

No comments:

Post a Comment