Pages

Monday, February 5, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-6 (Sesi Pagi)

Hari      :  Isnin
Tarikh   :  5 Februari 2018
Masa    :  7.30 ~ 8.00 pagi
Tempat :  Tapak Perhimpunan

Guru bertugas :
  1. Puan Astina binti Mahad Nor (K)
  2. Puan Nor Sakila binti Mohamad (P)
  3. Puan Nurul Iman binti Illyas
  4. Encik Ahmad Zunaidi bin Jinalabin
  5. Puan Musaliha binti Mustafa
  6. Encik Mohd Izwan bin Jowahar
  7. Puan Nurul Izziani binti Mohd Latifi
  8. Puan Parimala a/p Vengadaslam
  9. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan 

Laporan Perhimpunan  :


  • Perhimpunan dimulai dengan nyanyian empat rangkaian lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku
  • Bacaan doa oleh adik Muhammad Haziq Aiman bin Hamdan (6 Patologi)

  • Bacaan ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya oleh Puan Astina Mahad Nor

  • Bacaan ikrar murid oleh adik Nurin Adlina binti Hassan (6 Surgeri)

Laporan guru bertugas minggu ke-5 oleh Puan Norziani binti Zubir

Puan Norziani memberi laporan selaku guru bertugas minggu lepas
    • Ucapan tahniah atas kerjasama dan penyertaan murid bagi menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah 2018.
    • Namun terdapat segelintir yang telah melanggar disiplin sekolah sepanjang latihan sukan dan semasa kejohanan sukan berlangsung.
    • Oleh itu, beliau menegaskan agar murid sentiasa menjaga etika agar tidak melampaui batasan walaupun dengan niat bergurau

Ucapan guru bertugas oleh Puan Astina binti Mahad Nor
    • Memperkenalkan barisan guru bertugas minggu ke-6
Antara barisan guru bertugas minggu keenam

    • LAWAD 
      • Bahasa Melayu : membantah - menentang
      • Bahasa Inggeris  : akward - janggal
      • Bahasa Arab  : rasmun - lukisan
    • Tema - Kebersihan Bilik Darjah
      • Beliau mengingatkan agar murid sentiasa menjaga kebersihan kelas dan memastikan tidak membuat sampah dengan mengoyak kertas dari buku latihan yang dijadikan bahan mainan
    • Beliau turut mengingatkan murid yang datang lewat ke sekolah agar menghormati rangkaian lagu yang dinyanyikan semasa perhimpunan.  Itu bermakna sekiranya mereka tiba di sekolah semasa nyanyian, mereka perlu berhenti dan tidak terus berjalan masuk ke barisan kelas masing-masing.
Puan Astina memberi ucapan selaku guru bertugas minggu ini

Ucapan Pentadbir oleh Puan Rohaidah binti Mohd Ali (Guru Besar)

Ucapan Guru Besar; Puan Rohaidah binti Mohd. Ali
    • Beliau mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang menyertai sukan sekolah dan menjadikan acara sukan berjalan lancar dan meriah.  
    • Persaingan dalam pertandingan hiasan khemah dan perbarisan sangat sengit. Pihak hakim terpaksa memilih pemenang berdasarkan item yang menjadi keutamaan. Tahniah buat semua guru dan murid!
    • Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada barisan pekerja pembersihan sekolah yang telqh bersungguh-sungguh melaksanakan kerja-kerja pembersihan sebaik selepas kejohanan sukan berakhir.
    • Di samping itu, beliau turut memberi teguran kepada murid serta segelintir ibubapa yang berdiri di hadapan khemah VIP yang menghalang pandangan tetamu jemputan dan barisan pentadbir semasa acara berlangsung.  Beliau berharap kejadian sebegitu tidak berulang lagi di majlis-majlis akan datang.
    • Bagi murid-murid tahun 6, kelas tambahan akan mula dijalankan pada minggu ini dan harapan beliau semoga kehadiran murid terutama bagi kelas tambahan pada hari Sabtu dapat mencapai kehadiran penuh (100%).
    • Puan Rohaidah turut mengingatkan murid-murid untuk memberitahu ibubapa masing-masing supaya menjelaskan Sumbangan PIBG RM50 sekeluarga bagi melancarkan program-program sekolah yang akan dijalankan sepanjang tahun 2018.
    • GB memaklumkan bahawa guru-guru akan berpakaian Unit Beruniform setiap Isnin minggu kedua pada setiap bulan. Murid-murid juga digalakkan memakai pakaian Unit Beruniform masing-masing pada hari tersebut.
    • Beliau mengakhiri ucapan dengan memberitahu bahawa pertandingan keceriaan kelas akan dimulakan selepas cuti Tahun Baharu Cina. Untuk itu, beliau mengingatkan guru-guru kelas untuk menceriakan kelas dengan bahan-bahan pengajaran serta mewujudkan Sudut PPDa dan Sudut Bacaan.
    • Akhir sekali murid-murid dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan meminum air yang banyak dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan panas ini.
Pengumuman
    • Aktiviti kokurikulum akan dijalankan seperti biasa pada minggu ini bagi aktiviti Kelab/Persatuan & Permainan.
  • Perhimpunan ditamatkan jam 8.30 pagi.
Pasukan Unit Beruniform Puteri Islam Malaysia (PPIM) bertugas menaikkan bendera

No comments:

Post a Comment