Monday, February 12, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-7 (Sesi Petang)

Tarikh                     : 12 Februari 2018
Hari                        : Isnin
Masa                      : 1.20 Petang - 2.10 Petang
Tempat                   : Dewan Perdana
Pengacara Majlis   : Nuraffiqah Binti Ahmad Subian


Guru Bertugas  :

  1. En. Mohd Hadri Bin Ag. Idris
  2. En. Saifullah Bin Mat Saupi
  3. Pn. Azizah Binti Ab Hamid
  4. Pn. Nornadzirah Binti Abd Rahim
  5. Pn. Norazah Binti Mohd Ali
  6. Pn. Nashirah Binti Taib
  7. Cik Nuraffiqah Binti Ahmad Subian.
Laporan Perhimpunan :

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah, dan lagu Aku Negaraku.

2. Bacaan doa oleh pengawas bertugas iaitu adik Rayyan Hayy Bin Zunaizan.

3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Nuraffiqah Binti Ahmad Subian.

4. Bacaan Ikrar Murid yang diketuai oleh pengawas bertugas iaitu Damia Batrisya Binti Ibrahim.



5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Ranjiny a/p Rajah.

  • Pn. Ranjiny menjelaskan bahawa disiplin murid semakin merosot. Didapati pada minggu lepas ada murid yang membawa barangan larangan ke sekolah seperti mainan dan alatan tajam.
  • Beliau mengingatkan kepada semua murid supaya tidak membawa barangan larangan ke sekolah kerana perbuatan tersebut boleh membahayakan rakan dan diri sendiri. Pemeriksaan berkala akan diadakan oleh guru-guru bagi mengenalpasti mereka yang melanggar peraturan tersebut.
6. Memperkenalkan guru yang bertugas pada minggu ini :


7. Tema Minggu ini :

 Adab Kepada Guru
  • Guru mengingatkan murid supaya menjaga adab terhadap guru. Pastikan disiplin murid terjaga dan mematuhi peraturan sekolah.
  • Menghormati guru yang banyak berjasa kepada murid akan mempermudahkan urusan pada masa depan
8. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu  : Menongkah
  • Bahasa Inggeris : Kitchen
  • Bahasa Arab      : Sodrun
9. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan PK Petang, Pn. Jumilah Binti Ahmad.

  • Pn. Jumilah menegaskan kepada murid supaya tidak membawa alatan tajam seperti gunting dan pembaris besi kerana ia merupakan satu kesalahan disiplin.
  • Murid diminta untuk hormat kepada guru, ibubapa dan rakan. Jika murid berjumpa dengan guru atau pelawat di sekolah, mereka sebaiknya tunduk dan memberi salam sebagai tanda hormat.
  • Murid juga tidak dibenarkan keluar kelas tanpa pas keluar.
  • Beliau juga menegur segelintir murid yang tidak memakai lencana sekolah dan meminta mereka untuk menampalnya pada uniform sekolah.
  • Perbuatan suka berlari terutamanya ketika waktu rehat dan waktu balik adalah dilarang sama sekali. Murid diingatkan supaya tidak berlari di dataran sekolah dan perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan.
Perhimpunan rasmi minggu ke-7 tamat pada jam 2:10 petang.

Disediakan Oleh :
Nashirah

No comments:

Post a Comment