Wednesday, February 14, 2018

Tandas SKTPP Bersih


Terima kasih buat Majlis Perbandaran Sepang atas pengiktirafan BERSIH semasa pemantauan mengejut yang dilakukan hari ini. Alhamdulillah atas penarafan yang sangat tinggi ini. Tahniah buat warga SKTPP khususnya pekerja pembersihan sekolah kita yang selama ini diakui sangat rajin dan gigih sewaktu menjalankan tugas. Bukan sahaja setakat mencuci tandas dan memastikan peralatannya lengkap bahkan seluruh fizikal sekolah sentiasa dititikberatkan akan kebersihan dan keselamatannya.
   Kami amat-amat berterima kasih dan bertuah kerana mempunyai pasukan cleaner yang begitu komited lagi berdedikasi. Mereka bekerja ibarat satu keluarga. Semoga murid-murid, guru serta warga sekolah akan terus bekerjasama meningkatkan kebersihan tandas dan lain-lain kemudahan di sekolah dengan penuh tanggungjawab. 

No comments:

Post a Comment