Pages

Monday, April 16, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-15 (Sesi Pagi)

Hari    : Isnin
Tarikh : 16 April 2018
Masa   : 7:30 pagi hingga 8:00 pagi

 Guru Bertugas :
1. Hafiz bin Md Noor
2. Safinatunajakh binti Mat Som
3. Wan Rosmawati binti Wan Ibrahim
4. Nurzainon binti Mohd Razalli
5. Noorayuni binti Ab Fatah
6. Zuraini binti Ismail
7. Jamilah binti Mohd Yusof
8. Norsiah binti Mohd Noor
9. Siti Masra binti Abdul Kadir

Laporan Perhimpunan :

1. Nyanyian, Doa dan Ikrar
- Pengacara Majlis : Adik Reesmenraj
- Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku.
- Bacaan Doa : Adik Haziq Aiman b Hamdan
- Bacaan Ikrar : En Hafiz bin Md Noor
- Bacaan Ikrar Murid : Adik Nurin Adlina binti Hassan

Nyanyian Lagu, Bacaan Doa dan Ikrar

2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nurul Iman binti Ilyas)
- Terdapat murid bergaduh berpunca hanya daripada jelingan. Beliau menasihatkan supaya sentiasa  menjaga disiplin sepanjang berada di kawasan sekolah.
- Disiplin murid dan kebersihan sepanjang minggu lepas adalah pada tahap yang baik.

3. Penyampaian hadiah kebersihan dan keceriaan kelas

PPKI :
Johan          : Kriket
Naib Johan : Archery
Ketiga         : Akuatik

Tahun 4:
Johan          : Elektrum
Naib Johan : Vanadium
Ketiga        : Kuprum

Tahun 5:
Johan         : Nafiri
Naib Johan: Kompang
Ketiga       : Canang

Tahun 6 :
Johan         : Respiratori
Naib Johan : Radiologi
Ketiga        : Surgeri


Laporan Guru Bertugas dan penyampaian hadiah keceriaan dan kebersihan kelas

4. Ucapan Guru Bertugas (En Hafiz bin Md Noor)
- Memaklumkan barisan guru bertugas sepanjang minggu ini
- Murid perlu aktif dalam semua aktiviti kokurikulum dan mesti melibatkan diri dalam semua aktiviti yang disediakan oleh unit kokurikulum.
- Perkataan LAWAD :
       - Bahasa Melayu : Lipas kudung  bermaksud bergerak dengan cepat
       - Bahasa Inggeris : Mouse bermaksud tetikus
       - Bahasa Arab      : Mat'amun bermaksud tempat makan
- Pengumuman :
       - Murid yang berminat menyertai acara larian pecut, boleh berjumpa Cik Roslinda
       - Peserta catur dikehendaki berkumpul sejurus selepas perhimpunan

Ucapan Guru Bertugas

5. Taklimat Minggu PSS & Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)
    (Pn Arnny Yusnita binti Enarji)
- Minggu Pusat Sumber Sekolah akan berlangsung selama 5 hari bermula 16 April 2018 (Isnin)  hingga 20 April 2018 (Jumaat)
- Kem Membaca 1 Malaysia bermula pada 18 April 2018 (Rabu) hingga 20 April 2018 (Jumaat)
- Beberapa pertandingan telah disusun oleh AJK Pelaksana Ujana Ilmu mengikut tahun iaitu :
  Tahun 4 : Pertandingan penanda buku tercantik.
  Tahun 5 : Pertandingan My Mini book. Program ini akan dijalankan dalam waktu Bahasa Inggeris.
  Tahun 6 : Pertandingan mencipta Big Book.
- Pertandingan terbuka kepada semua murid. Hadiah disediakan bagi setiap kelas.

Taklimat Minggu PSS & Kem Membaca I Malaysia (KM1M)
6. Penyampaian Hadiah dan Sijil
- Penyampaian hadiah bagi Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas (PPKI) MSSD Sepang 2018. Perlawanan berlangsung pada 9 April 2018 (Isnin) bertempat di Dream Bowl, Sport Airport Complex, Nilai, Negeri Sembilan dengan diiringi oleh 3 orang guru iaitu Pn Noor Hayati bt Yusof, Pn Nurhayati bt Mohamed Nor dan En Srimahathevan. Seramai 3 orang murid telah memenangi acara tersebut iaitu :
  1. Muhammad Hafiz bin Suhaimi (Tempat kedua bagi kategori Rendah Lelaki)
  2. Muhammad Afiq bin Affandy (Tempat ketiga bagi kategori Rendah Lelaki)
  3. Nur Aliya Marissa bt Shamsul Anuar (Tempat keempat bagi kategori Rendah Perempuan)
Penyampaian hadiah kepada Pemenang Kejohanan Sukan Boling Tenpin PPKI Peringkat MSSD Sepang

- Penyampaian hadiah bagi Kejohanan Boling Tenpin MSSD Sepang. Perlawanan berlangsung pada 10 April 2018 bertempat di Dream Bowl, Sport Airport Complex, Nilai, Negeri Sembilan. Berkat kesungguhan murid serta guru pembimbing iaitu Puan Astina bt Mahad Nor, SKTPP telah memenangi 2 kategori iaitu :
  1. Tempat Kedua bagi kategori Lelaki Berkumpulan.
  2. Tempat keempat bagi kategori Perempuan Berkumpulan.
Penyampaian hadiah Kejohanan Boling Tenpin Peringkat MSSD Sepang

- Penyampaian Hadiah dan sijil bagi pemenang Festival Nasyid (FNSS) Pendidikan Khas peringkat Daerah Sepang tahun 2018. Festival tersebut telah diadakan pada 10 April 2018 (Selasa) bertempat di UITM, Dengkil. Sekalung tahniah diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Ustaz Mahadir bin Midun, Cikgu Dzarfan bin Kamar Bahrin, Ustazah Maizan bt Abdullah dan Ustazah Norhamizah binti Hamzah serta para peserta yang terlibat. Alhamdulillah, dalam festival tersebut SKTPP telah mendapat tempat ketiga. Antara peserta yang telah menyertai dalam acara tersebut ialah :
  1. Muhammad Hafiz bin Suhaimi
  2. Muhammad Afiq bin Affandy
  3. Muhammad Najib Haikal bin Abdullah
  4. Irfan bin Ahmad Ridzuan
  5. Muhammad Aiman bin Norisyan
  6. Muhammad Adam Izzuddin bin Shahrul Nizam
  7. Muhammad Aziman Hazim bin Azmeey
  8. Akmal Ramadhan bin Khairul Ikhwan Sirog
  9. Aiman Faiz bin Khairul Anuar
  10. Faris Izzuddin bin Shahrul Nizam
Penyampaian hadiah Festival Nasyid PPKI

7. Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali)
- Kesihatan : Beliau menasihatkan murid supaya menjaga kesihatan dan banyakkan minum air masak memandangkan cuaca yang sangat panas.
- Disiplin : Beliau menegur murid yang bergaduh dan berharap tidak mengulangi kesalahan tersebut.
- Mengingatkan agar murid-murid tidak terlibat dengan sebarang aktiviti politik atau kempen-kempen politik sehingga menjejaskan waktu tidur murid menyebabkan mereka mengantuk di dalam kelas.
- Ucapan tahniah kepada semua murid yang mewakili sekolah ke pertandingan-pertandingan di peringkat daerah dan berharap agar SKTPP terus meraih kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Beliau juga mengingatkan murid-murid yang terlibat dalam setiap latihan agar terus masuk ke kelas selepas selesai berlatih.
- Memaklumkan tentang kemenangan dalam Karnival IMFree yang telah diadakan pada 14 April 2018 (Sabtu) di SK Dato' Maharaja Lela, Kuala Selangor. Sekolah telah menghantar penyertaan dalam semua 5 kategori yang dianjurkan iaitu bercerita, koir, sketsa, nyanyian solo dan inovasi yang melibatkan murid tahun 1 serta guru. Berkat kesungguhan para guru dan murid, sekolah telah mencapai beberapa kejayaan dalam karnival tersebut iaitu :
            Johan  : Sketsa (Kategori peluasan 2018)
            Tempat Ketiga : Koir (Kategori Peluasan 2018)
            Tempat Ketiga : Bercerita (Kategori Peluasan 2018)

Ucapan Guru Besar

Disediakan Oleh :

Safinatunajakh binti Mat Som

No comments:

Post a Comment