Pages

Monday, April 23, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-16 (Sesi Petang)

Hari    : Isnin
Tarikh : 23 April 2018
Masa   : 1.20 petang hingga 2.30 petang

Guru Bertugas :
1. Afandi bin Mat Zain
2. Hastipa Binti Mat Daud
3. Nik Rosmaliza Binti Nik Hussin
4. Nora Azean Binti Che Othman
5. Nor Latipah Binti Che Yusoff
6. Nor Holwani Binti Yahaya
7. Mohamad Hasbullah Bin Zainal Abidin 

Guru bertugas pada minggu ini.

Laporan Perhimpunan :

Pengacara Majlis : Nor Holwani Binti Yahaya

1. Nyanyian, Bacaan Doa, dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Sekolah dan Aku Negaraku.
  • Bacaan doa oleh Penolong Ketua Pengawas Rayyan Hayy bin Zunaizan.
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Jalan Raya oleh Puan Nor Holwani binti Yahaya
  • Bacaan Ikrar Murid oleh adik Damia Batrisya.



2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas (Puan Nashirah binti Taib)
  • Murid dinasihatkan terutamanya pada waktu pulang dari sekolah supaya menunggu di pagar A atau pagar B sekolah. Murid diminta supaya tidak pulang ke rumah bersendirian untuk mengelak perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
  • Murid diminta supaya tidak mencuri atau mengambil barang yang bukan kepunyaan mereka.
Nasihat untuk murid dari Puan Nashirah

3. Lawad
  • BM : Mengikis = Melenyapkan
  • BI   : Sea = Laut
  • BA : Kahrabaaun = Elektrik

4. Tema Ucapan (Puan Nor Holwani binti Yahaya)
  • Tema kali ini ialah bagaimana cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat.
  • Harus mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Melakukan aktiviti riadah, sukan dan beristirehat.
  • Elakkan gejala negatif seperti merokok, menagih dadah dan minum minuman keras.

5. Penyampaian Hadiah Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Tahun 1 :
  • Tempat Pertama : 1 Neffos
  • Tempat Kedua     : 1 Samsung
  • Tempat Ketiga     : 1 Ienovo
Tahun 2 :
  • Tempat Pertama : 2 Ibnu Thufail
  • Tempat Kedua     : 2 Ibnu Battuta 
  • Tempat Ketiga     : 2 Ibnu Khaldun
Tahun 3 :
  • Tempat Pertama : 3 Jujur
  • Tempat Kedua     : 3 Harmoni
  • Tempat Ketiga     : 3 Intelek




5. Majlis Penyampaian Hadiah sempena Program Minggu Pusat Sumber & Kem Membaca 1Malaysia

  • Puan Arnny Yusnita binti Mat Enarji selaku guru penyelaras program mengucapkan tahniah kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program anjuran Ujana Ilmu.
  • Beliau turut menasihatkan semua murid supaya tidak mengambil barang yang bukan kepunyaan mereka contohnya buku jualan daripada trak Pusat Sumber Sekolah.
  • Majlis dipengerusikan oleh Puan Athirah Amani Binti Muhammad Abdul Wahab dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Guru Besar; Puan Rohaidah Binti Mohd Ali diiringi oleh Penolong Kanan Petang, Puan Jumilah Binti Ahmad.
  • Kategori penyampaian hadiah adalah mengikut tahun dan acara yang dipertandingkan iaitu:
  1.  Tahun 1  : Mencari Benda Tersembunyi
  2. Tahun 2   : Mewarna Penanda Buku
  3. Tahun 3   : Teka Silang Kata
  • Berikut dipaparkan gambar-gambar sepanjang majlis penyampaian hadiah berlangsung:







Disediakan oleh :

Puan Hastipa Mat Daud 

No comments:

Post a Comment