Saturday, April 14, 2018

Teknik Menjawab Kertas UPSR Bahasa Inggeris Penulisan

Tarikh     :  14 April 2018
Tempat   :  Bilik Mesyuarat (Terminal Muafakat)
Masa      :  8.00 pagi - 12.30 tengah hari

Pada tanggal 14 April 2018, bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari, Panitia Bahasa Inggeris SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Program Teknik Menjawab UPSR bagi Bahasa Inggeris Kertas 2 (Penulisan).  Objektif utama teknik menjawab ini ialah untuk meningkatkan lagi kefahaman dan memberi pendedahan teknik sebenar menjawab soalan UPSR bagi subjek ini.

     Sasaran utama program ini ialah calon-calon UPSR 2018 yang akan menduduki peperiksaan pada September ini.  Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan 1 yang terdiri daripada murid-murid kelas Surgeri, Respiratori, Radiologi dan Pediatrik manakala Kumpulan 2 terdiri daripada murid-murid kelas Patologi, Ortopedik, Obstetrik, Kardiologi, Hematologi dan Anestesiologi.  

     Penceramah luar, Puan Felicia Gatun telah dijemput untuk menjayakan program ini. Beliau berpengalaman mengajar selama 5 tahun dan merupakan penanda kertas 2 Bahasa Inggeris.

      Semoga program teknik menjawab yang telah dilaksanakan pada hari ini dapat mencapai objektifnya serta berjaya memberi manfaat kepada semua calon UPSR dalam usaha meningkatkan lagi pencapaian UPSR 2018.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung :


Teknik menjawab disampaikan oleh Puan Felicia Gatun
Suasana di bilik mesyuarat
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Murid mencatat maklumat penting
Murid memberi sepenuh perhatian
Ketua Panitia BI menyerahkan cenderamata kepada Puan Felicia 

No comments:

Post a Comment