Wednesday, May 8, 2024

 MESYUARAT PERMUAFAKATAN PPKI SK TAMAN PUTRA PERDANA BIL 1/ 2024

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Pada 27 April 2024, PPKI SKTPP telah mengadakan Mesyuarat Permuafakatan PPKI bersama ibu bapa di Terminal Muafakat bermula 8.30 pagi. Mesyuarat ini bertujuan untuk:

  • Membincangkan aktiviti tahunan 2024
  • Membincangkan masalah atau isu-isu berkaitan murid-murid PPKI
  • Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga PPKI
  • Mewujudkan kerjasama antara guru dan ibu bapa 
Mesyuarat telah bermula dengan ucapan PK Pendidikan Khas, En. Asrulafandi Bin Ismail. Beliau telah memperkenalkan para guru PPKI dan membentangkan minit mesyuarat permuafakatan tahun 2023 berkenaan hal kurikulum, Hal ehwal murid dan kokurikulum PPKI. Seterusnya, YDP PIBG telah memberikan ucapannya berkaitan hal-hal murid PPKI dan cabaran yang dihadapi oleh guru. Laporan Kewangan berakhir 8 Februari 2024 juga turut dibentangkan oleh PKPPKI. 

Sijil Penghargaan telah disampaikan kepada barisan AJK 2023 yang hadir. Seterusnya, AJK baru bagi sesi 2024/2025 telah diundi dan dilantik. 

AJK PERMUAFAKATAN PPKI 2024/ 2025

Pengerusi : Dato Azri Bin Che Zan

Naib Pengerusi : Pn.Sakinah Binti Abdul Manaf

Setiausaha : Pn. Norfauziaton Binti Ali Mohamed

Bendahari : Pn. Nurhayati Binti Mohamed Nor

AJK Ibu bapa: En. Wan Abdul Aziz/ Pn. Suhaila

 En. Mohd Safrizal

Pn. Siti Hazimah

 Pn. Najwa Sarah

   En. Iskandar Hadi

Juru Audit :   Pn. Pusparani Ranasimgam (Guru)

  En. Yusri ( Ibu bapa)


 Ucapan PK PPKI, En. Asrulafandi bin Ismail


Sebahagian ibu bapa yang hadir


Penyampaian Sijil penghargaan kepada AJK 2023, Pn. Rohimah


Barisan AJK 2024/ 2025 


Gambar Kumpulan warga PPKI


Mesyuarat telah berakhir pada pukul 10.45 pagi.


Friday, May 3, 2024

Laporan Guru Bertugas Minggu ke - 7 (Sesi Petang)

Kumpulan : A

Minggu : Ke- 7

Tarikh : 29 April - 3 Jun 2024

Senarai nama guru bertugas;

1.      Saifullah bin Mat Saupi

2.      Amalina binti Abd Hamid

3.      Nik Rosmaliza binti Nik Husin

4.      Nor Azuad bin Md. Yusof

5.      Nazahiyah binti Abd Rahman

6.      Fadhilah binti Talib

7.      Nor Farhani binti Mukhtar

8.      Nurul Hanani binti Mohamad Kamal

9.      Sidratul Ayuni binti Mat Daud


Info Perhimpunan Rasmi

Tarikh : 29 April 2024

Hari : Isnin

Masa : 1:00 Petang

Tempat : Dewan Perdana

Konduktor 3 Buah Lagu : Pn. Salina binti Mohd Tasu

Pembaca Doa : Ziyad Iskandar bin Mohammad Fikri - Pengawas (3 Toyota)

Pembaca Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya :

Encik Saifullah bin Mat Saupi

Pembaca Ikrar Murid : Aqeef Qawiem bin Arzeky - Pengawas (3 Volkswagen)

Juruacara (Guru) : Encik Saifullah bin Mat Saupi

Laporan Minggu Ke-6: Pn. Rihazrin binti Rahman

Tema Mingguan : Budaya 5S (senyum, salam, sapa, sopan, santun)

L.A.W.A.D:

* BM : rumah teres - rumah baris

* BI :  end - tamat

* BA : - idaarotun - pejabat

Program: Tiada

* Ucapan Pentadbir : Pn. Rohaya binti Rosdi (PK Petang)

Barisan guru bertugas Kumpulan A (Sesi Petang)

Pengacara Majlis pada minggu ini, Encik Saifullah

Bacaan doa diketuai oleh adik Ziyad Iskandar


Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. Saifullah

Ikrar Murid dipimpin oleh adik Aqief Qawiem

Ucapan guru bertugas minggu lepas telah disampaikan oleh Pn. Rihazrin

Antara pesanan dan teguran yang telah dibuat oleh Pn. Rihazrin berdasarkan pemerhatian dari minggu lepas, beliau telah mengingatkan murid-murid agar

1.      Murid dilarang keluar membeli makanan di luar pagar sekolah setelah murid masuk ke dalam kawasan sekolah pada waktu tengahari

2.      Murid diminta memastikan kelas berada dalam keadaan kemas dan bersih. Sila kutip sampah di dalam kelas masing-masing

3.      Murid turut diminta agar dapat menghormati majlis rasmi yang diadakan di sekolah

4.      Keadaan cuaca yang panas pada ketika ini sangat membimbangkan. Murid diharapkan dapat membawa botol air dan bekalan air minuman yang secukupnya

5.      Murid dilarang bermain dan membuat bising di dalam surau. Gunakan masa yang diberikan untuk menunaikan solat dengan berhemah dan terus kembali ke kelas selepas selesai solat

6.      Semua murid diharapkan dapat terus bersikap dan berakhlak baik tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah

Ucapan Guru Bertugas minggu ini oleh En Saifullah

Ucapan guru bertugas pada minggu ini adalah bertemakan 5S iaitu;

1.      Senyum

2.      Salam

3.      Sapa

4.      Santun

5.      Sopan 

Ucapan PK Petang, Puan Rohaya

Antara pengisian ucapan PK Petang Puan Rohaya pada minggu ini adalah

1.      Murid diingatkan supaya jangan bermain di luar kelas terutamanya di kawasan koridor Tingkat atas. Ini bagi menjamin keselamatan murid dan mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini

2.      Puan Rohaya turut menjelaskan sekali lagi kepada semua murid dan guru-guru tentang penggunaan laluan dan tangga bagi memudahkan pergerakan murid semasa waktu balik. Murid diminta agar dapat beratur dan mengikut barisan semasa bergerak pulang

Akhir kata, semua murid diharapkan dapat ambil maklum dan cakna dengan pesanan guru-guru demi keselamatan dan kesejahteraan semua


    Minggu ini juga terdapat satu hari cuti umum sempena Hari Pekerja iaitu pada 1 Mei 2024 (Rabu). Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua warga SKTPP. Semoga dapat terus menjadi pekerja yang baik dan berdedikasi dalam menjalankan amanah.

    Turut berlangsung pada minggu ini adalah jamuan hari raya guru, majlis doa selamat bagi guru-guru yang akan berangkat menunaikan ibadah haji, majlis perpisahan dan penyampaian hadiah oleh KKGK yang telah diadakan pada 2 Mei 2024 bersamaan hari Khamis di kantin sekolah. 

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan (KKGK) atas penganjuran majlis ini. Tidak dilupakan kepada barisan pentadbir, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), guru-guru, AKP, pekerja pembersihan sekolah, pengawal keselamatan, pihak kantin dan semua warga sekolah yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Maaf zahir dan batin diucapkan kepada semua. 

Sekitar majlis jamuan 

Sekitar majlis jamuan 


Sekitar majlis jamuan 

Sekian laporan sepanjang minggu ketujuh persekolahan pada kali ini. Semoga segala perkara yang telah berlaku dalam minggu ini sama ada yang baik ataupun yang tidak baik akan menjadi pengajaran kepada semua.

Disediakan oleh,

Amalina binti Abd Hamid

Saturday, April 27, 2024

Laporan Guru Bertugas Minggu ke- 6 ( Sesi Pagi )

 Tarikh : 22 April hingga 26 April 2024
 Kumpulan : F
 Senarai nama Guru bertugas :         

  1.        Nurzainon binti Mohd Razalli  (K)
  2.        . Norhanim binti Ismail (P)
  3.        . Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang 
  4.       .  Mazziani binti Muda.
  5.       .  Pusparani a/p Ranasimgam
  6.       .  Arjunawati binti  binti Ahmad Nuze 
  7.        . Wan Faizol bin Wan Mat
  8.        . Nik Kamisah binti Mohd Aziz
  9.         Nurliza binti Ab Rahman
  10.           Claudia Jacqueline Charles Nelson
  11.           Norbaizura binti Nordin
  12.       Dr.Mohd Azarul bin Mohd Mokhtar

  1. Info Perhimpunan Rasmi :

  •            Tarikh          : 22 April 2024 
  •            Hari              : Isnin
  •            Masa            : 7:30 pagi 
  •           Tempat         : Dewan Perdana
  •           Tema           : Hijau
  •    Juruacara (Pengawas) :Nur Myisha Insyirah binti Izrul Shah (6Windows)
  •          Konduktor 3 Buah Lagu : Nur Hana Maisara binti Hamdan (6 Unix)
  •          Pembaca Doa : Muhammad Kamal Aisy bin Kamaruzaman (4 Tempua)
  •          Pembaca Ikrar Rukun Negara & Keselamatan Jalan Raya :  Puan Nurliza binti Ab. Rahman
  •           Pembaca Ikrar Murid : Muhammad Hadif bin Mohammad Fariz fairuzzaman (6 Solaris)
  •          Juruacara ( Guru) : Puan Nurliza binti Ab. Rahman
  •          Laporan Mingguan Ke-5 : Encik Ahmad Zubair bin Hj. Muhammad Taib
  •          Tema Mingguan : Disiplin - Amalan Baik 
  •     L.A.W.A.D:     BM: menjunjung - membawa sesuatu di atas kepala.
  •                                     BI - abuse- penyalahgunaan
  •                                     BA  -   عريفة -  pengawas perempuan 
  •           Lain- Lain Pengumuman :🌸 
  •           ( Puan Arnny Yusnita binti Md Enarji) Guru Perpustakaan & Media
  •             1. Pelancaran Hari Nilam Selangor (HaNIS)
  •             2. Fokus 10 minit 'FoS'     
  •             3. Pelancaran Dans Tabung 10 sen - 'T 10'
  •             Ucapan Pentadbir : Datin Noraizah binti Dun (GPK HEM
Barisan Guru Bertugas

  • Barisan pengawas yang bertugas dalam perhimpunan rasmi


  • Pengacara majlis, ucapan guru bertugas minggu 5 dan ucapan wakil pentadbir.


    Pelancaran Hari Nilam Selangor, Fokus 10 minit 'FoS' dan Tabung 10 sen 


    Suasana datang dan balik murid ke sekolah di pagar A dan B

    Aktiviti Kokurikulum perjumpaan kali pertama 2024


    Sambutan Hari Raya pada hari Jumaat 


      Laporan disediakan oleh :

       Nurzainon binti Mohd Razalli

Friday, April 26, 2024

Majlis Sambutan Hari Raya 2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Untuk makluman, Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana telah mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah untuk semua murid mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh: 26/4/2024 (Jumaat)

Masa: 8.30 - 12.20 tghari

Tempat: Dewan Perdana, Dewan Putra, Dewan Taman & Kantin

Buku Program Sambutan Hari Raya

Sambutan Hari Raya ini diadakan untuk mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. Selain itu, dapat menimbulkan sikap bertanggungjawab dalam diri murid - murid sekaligus menggalakkan komunikasi dan kerjasama antara guru - guru dan murid - murid.

Disertakan juga gambar - gambar suasana sepanjang majlis berlangsung.





Terima kasih diucapkan kepada semua AJK Pelaksana kerana telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya ini. Sekian laporan.


Friday, April 5, 2024

Laporan Bertugas Minggu Ke-4 (Sesi Pagi)

  • Tarikh: 1 April- 5 April 2024
  • Hari: Isnin- Jumaat
  • Minggu: 4
  • Tema pakaian: Merah
  • Tema ucapan mingguan: Disiplin 'Pakaian'
  • Kumpulan guru bertugas: Kumpulan D

  • Senarai guru bertugas:

      1. Murnei binti Ahmad 
      2. Faridatul-Akmal binti Ismail
      3. Mohd Rusydan bin Ismail
      4. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
      5. Noor Hayati binti Yusof
      6. Noor Hanawati Alinda binti Abd. Taib Puruji
      7. Rafidah binti Salleh
      8. Azwane binti Adnan  
      9. Jamilah binti Mohd Yusof
      10. Siti Fatimah binti Wan Yaacob
      11. Astina binti Mahad Nor
      12. Nurul Nadirah binti Kamarulzaman


Minggu terus berlalu...

Tiba masanya giliran Kumpulan D pula memikul tanggungjawab guru bertugas untuk minggu ke-4  sesi persekolahan 2024/ 2025 (sesi pagi). Ribuan kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi, kerana sesi persekolahan pada minggu ini berjalan dengan lancar dalam suasana disiplin murid-murid yang baik dan terkawal di bulan suci Ramadhan Al-Mubarak.

Cantik jambangan bersulam ranting,
 Lebat b
unganya di dalam bakul;
Andai ringan sama dijinjing,
Andai berat sama dipikul.

Jutaan kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpahan rahmat, nikmat masa dan tenaga, Kumpulan D yang diketuai oleh Muallimah Murnei binti Ahmad dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan baik hasil gabungan tenaga guru-guru ahli kumpulan ini. 


Laporan Perhimpunan Rasmi Mingguan


1. Seperti yang kita sedia maklum, setiap pagi hari Isnin akan diadakan Perhimpunan Rasmi Sekolah.  Anak-anak didik yang amat dikasihi kelihatan begitu bersemangat berkumpul dalam perhimpunan pagi ini.

  • Konduktor tiga buah lagu: Nazmina Azra binti Azrin Haizam (6 Windows).
  • Pembaca doa: Usaid bin Mohd Yusri (5 Topaz).
  • Pembaca Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya: Cikgu Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin.
  • Pembaca Ikrar Murid: Muhammad Hadif bin Muhammad Farizfairuzzam (6 Solaris).
  • Juruacara (Pengawas): Siti Aliya binti Muhamad Suhaizi (5 Zircon).
  • Juruacara: Cikgu Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin.


2. Ucapan guru bertugas minggu lepas ( laporan minggu ke-3): Puan Noriza binti Md Nor.

  • Tahniah diucapkan kepada semua murid kerana telah berusaha untuk menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah.
  • Murid-murid diminta untuk mematuhi semua peraturan sekolah. Murid tidak dibenarkan membawa barang larangan termasuk mercun dan bunga api.
  • Pastikan keselamatan semasa keluar di pagar A dan B. Toleh kiri dan kanan dahulu semasa mahu keluar kereta. Angkat tangan dan lintas apabila kereta sudah berhenti.
  • Pastikan jaga segala harta benda  semasa berada di sekolah. Tulis nama untuk elakkan tertukar dengan kawan.
  • Secara keseluruhannya, keadaan sekolah pada minggu ke-3 adalah baik dan terkawal.


3. Ucapan guru bertugas: Encik Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin

En. Ahmad Tirmiezi memperkenalkan guru-guru bertugas minggu ke-4. Seterusnya, beliau menyampaikan ucapan tentang tema minggu ini iaitu; 'Disiplin Pakaian'.

  • Tug in bagi murid lelaki, manakala murid perempuan hendaklah mengikat tocang secara kemas dan sopan bagi yang tidak bertudung.
  • Berikut adalah tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama murid SK Taman Putra Perdana:

 Tatacara pemakaian lencana sekolah dan tanda nama ini adalah sama kedudukannya pada:

• Bahagian kiri tudung, atau;
• Bahagian kiri baju kurung, atau;
• Bahagian kiri baju pinafore


Selepas itu, guru bertugas menyampaikan perkataan L.A.W.A.D: 

1. BM

  Lopak

  - Lubang di tanah yang berisi air

2. BI

Abide

- Patuh

3. BA

Yaumul Miladi 

- Hari lahir


4. Ucapan Guru Penolong Kanan PPKI (Encik Asrulafandi bin Ismail).

  • PK PPKI mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang meneruskan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
  • Hikmah puasa di bulan Ramadhan:
    1. Meningkatkan ketaqwaan.
    2. Melatih kesabaran.
    3. Mengekang syahwat. 
    4. Melemahkan godaan syaitan.
    5. Menyihatkan hati dan badan. 
    6. Mengajarkan erti hidup sederhana.
    7. Mendorong rasa syukur.
  • Beliau juga memaklumkan bahawa cuti  untuk Hari Raya Aidilfitri adalah selama seminggu.
  • Encik Asrulafandi mengingatkan murid-murid supaya menjaga keselamatan diri dan jangan bermain mercun.

Pada 5 April 2024 (Jumaat), telah dilaksanakan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Bulan Dakwah SK Taman Putra Perdana. Program ini dapat menanam minat murid secara berterusan dalam Tilawah Al-Quran. Majlis yang indah ini telah berjaya dijalankan hasil sinergi guru-guru SK Taman Putra Perdana. Syabas dan tahniah diucapkan.


Lensa kamera yang disimpan sepanjang minggu bertugas Kumpulan D:


Barisan guru bertugas

Ucapan Encik Ahmad Tirmiezi



Pengawas bertugas

Laporan minggu ke-3 oleh Puan Noriza



Penyampaian Hadiah Johan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Selangor 2023

Ucapan PK PPKI, Ustaz Asrulafandi

Anak-anak yang Baik Lagi Cerdik




Kenangan terindah sekitar Majlis Khatam Al-Quran dan Penutupan Bulan Dakwah SK Taman Putra Perdana


Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian si puteri;
Sempurna sudah amanah diberi,
Salah dan silap harap dimaafi.

Akhir kata, tugas guru bukan hanya sekadar mengajar. Tetapi, profesion guru sama seperti profesion lain yang mempunyai tanggungjawab tersendiri terutamanya peranan untuk menjaga keselamatan dan keselesaan murid-murid di sekolah.


Syukran jazilan diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang bertugas pada minggu ini kerana telah banyak menyumbang tenaga dalam melaksanakan amanah yang telah diberi. Semua masalah dapat diselesaikan dengan adanya kolaboratif sesama kami. 

Terima kasih...

  

Catatan laporan blog dinukilkan oleh;

Muallimah Faridatul-Akmal binti Ismail.